Buka menu utama

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) ditubuhkan bagi memberi nasihat kepada kerajaan tentang tindakan dan tatacara memerangi rasuah di Malaysia.

Pada 11 Mac 2010, Pengerusi LPPR, Tun Abdul Hamid Mohamad menggesa kerajaan persekutuan Malaysia serius memerangi rasuah. Sistem pentadbiran dan urusan kewangan perlu diperbaiki agar kemungkinan rasuah dapat dihapuskan. Dengan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.

Kerajaan negeri dan badan bukan bukan kerajaan hendaklah memberi sumbangan yang positif dan substantif yang boleh memperbaiki prestasi SPRM.Membuat sidang media tanpa tindakan selaras tidak akan membantu SPRM dalam memerangi rasuah.

Sesiapa sahaja, jangan beri dan jangan terima rasuah.Ahli politik dan pemimpin dari kerajaan atau pembangkang tidak terkecuali daripada siasatan SPRM. Stigma bahawa "Saya atau kami boleh melakukan rasuah tetapi SPRM hendaklah memerangi rasuah" patut dihindari.

Bidang kuasa siasatan SPRM amat terhad. Ia sangat bergantung kepada kesalahan yang ditetapkan oleh undang-undang yang dibuat oleh Parlimen manakala anggotanya terdiri daripada orang politik. Dalam memerangi rasuah sepatutnya tidak ada politik kepartian, tidak ada kerajaan dan pembangkang, tidak ada bangsa dan keturunan, tidak ada pegawai kerajaan dan peniaga.[1]

RujukanSunting