Tabung Haji

Syarikat tabung ibadah haji Malaysia
(Dilencongkan dari Lembaga Tabung Haji)

Tabung Haji (TH) ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, TH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau LUTH di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah Haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. Bangunan ibu pejabat TH yang dikenali sebagai Menara TH Tun Razak, berlokasi di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. TH merupakan sebuah Institusi Kewangan yang sentiasa memastikan perjalanan operasi Haji berjalan lancar dan efisyen.

Lembaga Tabung Haji
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriKewangan
Ditubuhkan30 September 1963 (sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji)
(sehingga 28 Ogos 1997 (sebagai Tabung Haji)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
KeluaranPengurusan jemaah Haji
Anak syarikat
Tapak webwww.tabunghaji.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang TH sunting

Bertepatan dengan konsep Islam sebagai "Addeen" agama untuk dunia dan akhirat, setiap ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t. memberi manfaat dunia dan akhirat. Atas iktikad mengerjakan Haji, umat Islam terdorong mengumpulkan wang bagi membolehkan mereka berkemampuan memenuhi perbelanjaan ke Tanah Suci.

Bagi mengelakkan unsur riba' yang haram di sisi Islam, berbagai kaedah tradisional menyimpan wang diamalkan. Ada juga yang menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci, yang mana akhirnya mengakibatkan tekanan ekonomi ke atas diri sendiri dan keluarga, semasa dan sekembalinya mereka dari menunaikan fardhu Haji. Amalan ini juga secara tidak langsung turut merosakkan struktur ekonomi luar bandar serta mengancam pertumbuhan ekonomi negara.

Atas kesedaran dan keinsafan ini, serta bagi membantu mereka menyimpan sedikit demi sedikit tanpa melibatkan perkara-perkara yang haram, Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal Haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang, dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 dengan tujuan untuk :

  • Membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu Haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat;
  • Membolehkan orang-orang Islam melalui wang simpanan mereka mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal di sisi Islam; dan
  • Memberi perlindungan, pengawalan dan kebajikan kepada jemaah Haji yang menunaikan fardhu Haji dengan menadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.
  • Merasaskan kepada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberi perkhidmatan yang baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah Haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu Haji; memberi keuntungan yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.
  • Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah Haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam.
  • Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang melanda dunia di era 90an. Demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi satu kajian telah dibuat dalam tahun 1995 bagi meluaskan lagi skop dan peranan Tabung Haji. Dari itu, pada 1 Jun 1995 akta baru Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama dan nama Lembaga Urusan dan Tabung Haji digantikan dengan Lembaga Tabung Haji pada 28 Ogos 1997, dan serentak dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji.

Aktiviti TH sunting

TH beroperasi berlandaskan tiga aktiviti utama iaitu:

  • Tabungan Menyediakan Perkhidmatan tabungan untuk umat Islam.
  • Pelaburan Pelaburan Dana yang terkumpul dan Pengawasan fungsi pelaburan.
  • Haji Perkhidmatan Haji tanah air dan di tanah suci.

Isu dan kontroversi sunting

Pada 14 Julai 2021, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) dari tahun 2014 hingga 2020. Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan itu adalah hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger. RCI menumpukan kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit Lembaga Tabung Haji dari tahun 2014 hingga tahun 2020 tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting