Lembaga Totalisator Malaysia

agensi Kementerian Kewangan Malaysia

Lembaga Totalisator Malaysia (Jawi: لمباݢ توتاليساتور مليسيا; LTM) ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia bagi membangunkan industri perlumbaan kuda dan mengawal selia kendalian papan mata untuk lumba kuda di Malaysia dan Singapura. Lembaga ini ditubuhkan di bawah Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961 [Akta 494].[1][2]

SejarahSunting

Lembaga Totalisator Malaysia telah ditubuhkan pada 27 Mac 1961 di bawah akta Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961, Akta 494 sebagai sebuah badan berkanun persekutuan yang bertujuan mengawal selia dan melaksanakan kegiatan totalisator bagi lumba kuda yang diadakan di Malaysia dan Singapura. Pada 14 Mac 1991, Kementerian Kewangan membuat keputusan agar LTM tidak lagi tidak melibatkan diri secara langsung dengan kegiatan-kegiatan pertaruhan lumba kuda sebaliknya hanya bertugas sebagai sebuah agensi pengawal.[3]

RujukanSunting

  1. ^ "Lembaga Totalisator Malaysia". Berita Harian. 30 Ogos 2007. Dicapai pada 1 Jun 2021 – melalui KLiK.
  2. ^ "Jabatan & Agensi". Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2021. Dicapai pada 1 Jun 2021.
  3. ^ "Laporan Tahunan 2018 Lembaga Totalisator Malaysia" (PDF). Portal Rasmi Parlimen Malaysia. 2019. m/s. 18. Dicapai pada 1 Jun 2021.