Buka menu utama
Kampung Sungai Chuweh, sebuah perkampungan orang asli di Tasik Temenggor, Lembah Belum.

Lembah Belum merupakan sebuah kawasan hutan simpan yang melebihi 130,000 hektar di hulu Sungai Perak, Perak Utara, Malaysia. Sebahagian Lembah Belum telah ditenggelami air berikutan pembinaan Empangan Temenggor pada tahun 1974, dan kini kemuncak banyak bukit dahulu telah menjadi pulau-pulau di tengah-tengah sungai seperti Sungai Sara.

Lembah Belum adalah kaya dengan hidupan liar serta spesies tumbuhan dan walaupun terpencil, kini semakin popular sebagai destinasi pelancongan, khususnya bagi mereka yang merupakan pencinta alam.

Selain daripada mengunjungi Hutan Simpan Belum untuk melihat pokok bunga Rafflesia yang merupakan bunga tunggal yang terbesar di dunia, pelawat-pelawat juga dapat menyertai safari sungai di Sungai Sara untuk melihat bukit-bukit yang telah ditenggelami atau untuk membuat perjalanan jauh (bahasa Inggeris: jungle trekking) dalam hutan. Jika bernasib baik, pelawat-pelawat juga akan dapat melihat sesetengah haiwan dalam persekitaran semula jadi. Bagaimanapun, haiwan-haiwan di sini amat susah dilihat disebabkan hutan yang amat padat.

Beberapa perkampungan orang asli terdapat di sini; malu dan mengamalkan cara hidup sederhana, orang-orang asli ini adalah mampu diri.


RujukanSunting