Lembah Beringin ialah bandar di daerah Hulu Selangor di bahagian utara Selangor, Malaysia. Pada tahun 2003, Land & General Bhd telah memulakan semula projek perumahan dan pembangunan di Lembah Beringin, yang terhenti pada 1997 kerana terjadinya krisis kewangan Asia pada ketika itu.[1] Bandar ini juga mendapat gelaran "bandar hantu", akibat terdapat banglo mewah di kawasan perumahan ini, yang terbiar sejak 2009.[2]

Lembah Beringin
Persimpangan Lembah Beringin
Persimpangan Lembah Beringin
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahHulu Selangor

Lokasi sunting

Terletak kira-kira 74 km dari Kuala Lumpur dan 15 km dari Kuala Kubu Bharu, dengan melalui Jalan Kuala Kerling  B57 .

Kawasan ini boleh juga dicapai dengan menggunakan EXIT 120 di Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara.[3] Ia terletak 15 kilometer (9.3 bt) arah selatan dari Tanjung Malim dan 57 kilometer (35.4 bt) arah utara dari Kuala Lumpur. Ia dibuka pada tahun 1997.[4] Persimpangan ini dibuka pada 16 Disember 1997 kepada trafik dan terletak diantara Persimpangan Bukit Beruntung EXIT 119 dan Tanjung Malim EXIT 121.[5]

Geografi sunting

Kawasan ini berdekatan dengan Serendah.[6]

Pendidikan sunting

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Pulih Lembah Beringin". Berita Harian. New Straits Times Press. 20 Januari 2003.
  2. ^ Md Fuzi Abd Lateh (30 November 2009). "Banglo Lembah Beringin 'sepi'". Berita Harian. New Straits Times Press.
  3. ^ Administrator. "Toll Abbreviation". PLUS Malaysia Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2018-11-23.
  4. ^ "RM26m interchange opens today". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. 15 Disember 1997.
  5. ^ "Simpang bertingkat dibuka untuk pengguna". Berita Harian. New Straits Times Press. 16 Disember 1997.
  6. ^ Mimi Syed Yusof (23 Jun 1994). "Township of the future". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press.