Lembah Bujang

tapak arkeologi di Malaysia

Lembah Bujang merupakan kawasan yang dikenali sebagai tempat Tamadun awal di Tanah Melayu,(termasuk Sungai Batu), proses cari gali telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi, dan binaan batu-bata yang bertarikh 110M [1][2][3] Binaan candi menunjukkan sejak awal abad Masihi hingga 20 Masihi, Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.

Seni bina awal Kedah, Candi, model bangunan, dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur
Tapak Lembah Bujang

Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramik, kaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candi pengabdian terhadap Buddha, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah Tua.

Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.

Status dan potensinya yang diperakui oleh peserta projek Intra-ASEAN : Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985, serta diperakui di dalam Malaysian Book of Records kerana memiliki berpuluh ribu manik purba dan salah satu lokasi pembuat manik di kawasan Indo-Pasifik menjadikan ia tapak yang komprehensif. Pelabuhan yang sangat diperlukan dan memiliki laluan transpeninsular yang menghubungkan Kedah Tua - Langkasuka (Patani) meletakkan ia sebagai bandar pelabuhan yang terbilang.

Pemusnahan candi sunting

Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel meminta Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytiharkan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia[4] berikutan pemusnahan candi nombor 11 oleh syarikat pemaju, Bandar Saujana Sdn Bhd[5][6] (Nombor pendaftaran: 291442-T)[7].

Menurut pengurus projek, Saw Guan Keat, semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah telah dilakukan sebanyak dua kali, iaitu pada 14 Januari 2013 (sebelum pembelian lapan lot tanah daripada pemilik lama yang juga merupakan syarikat pemaju perumahan), dan pada 30 Julai. Kedua-dua semakan menunjukkan tanah tarbabit tidak terikat dengan apa-apa.[8] Pembelian tanah dilakukan dalam bulan Februari 2013.[5] Menurut Saw lagi, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum ini telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco Negeri di antara tahun 1994 dan 1995.[8]

Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan dengan mengarahkan supaya syarikat berkenaan menghentikan kerja-kerja pembersihan tersebut. [9], [10]

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir, kerajaan negeri akan menghantar dosier kepada UNESCO untuk menyenaraikan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia di penghujung tahun 2014.[11] Pentarikhan karbon untuk menentukan usia peninggalan di tapak terbabit merupakan salah satu kriteria penting yang perlu diselesaikan sebelum menghantar dosier berserta dengan kajian ilmiah terkini mengenai Lembah Bujang.[11]

Tapak arkeologi baru sunting

Satu kajian mendapati, sebuah tapak arkeologi yang terletak di Sungai Batu, mendapati batu-batuan yang telah ditinggalkan semenjak tahun 1990 M. Satu lagi batuan yang lama, dipercayai sekitar 30 tahun dahulu setanding Tamadun Lembah Indus iaitu Harappa dan Mohenjo-daro di Pakistan , Manakala Angkor Wat dan Borobudur pula dibina pada abad ke-12 dan ke-7. Tapak ini menjadi tapak candi paling muda di Asia Tenggara.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ BERNAMA : 2 JULAI 2010 : KAWASAN INDUSTRI BESI ABAD PERTAMA MASEHI DITEMUI DI JENIANG.[pautan mati kekal]
  2. ^ New interest in an older Lembah Bujang, 2010/07/25
  3. ^ Bujang Valley impetus to tourism, By Subhadra Devan, 2010/09/19
  4. ^ "MIC mohon isytihar Lembah Bujang tapak warisan - Nasional - Sinar Harian". Sinar Harian. 2 Disember 2013. Dicapai pada 3 Disember 2013.
  5. ^ a b Looi Sue-Chern (3 Disember 2013). "Kedah MB says BN approved Lembah Bujang development - The Malaysian Insider" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-11. Dicapai pada 11 Disember 2013.
  6. ^ "Developer's workers remain tight-lipped over candi issue - Nation - The Star Online" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 6 Disember 2013. Dicapai pada 11 Disember 2013.
  7. ^ "Taman Lembah Bujang Saujana - Bandar Saujana Sdn Bhd". Dicapai pada 12 Disember 2013.
  8. ^ a b "Pemaju: Kami tak tahu itu Candi Lembah Bujang - The Malaysian Insider". The Malaysian Insider. 3 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-06. Dicapai pada 11 Disember 2013.
  9. ^ [http://syburi-times.blogspot.com/2013/12/kenyataan-akhbar-mengenai-pemusnahan.html KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PEMUSNAHAN BINAAN WARISAN CANDI DI SUNGAI BATU, LEMBAH BUJANG, DAERAH KUALA MUDA, KEDAH.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 2013-12-03.
  11. ^ a b "Candi controversy: Developer Bandar Saujana to rebuild structure it demolished - Nation - The Star Online" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 11 Disember 2013. Dicapai pada 11 Disember 2013. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Pautan luar sunting