Sungai Nil

(Dilencongkan dari Lembah Nil)


Sungai Nil (Bahasa Arab: نهر النيل,; Bahasa Mesir Kuno iteru; bahasa Qibti ⲫⲓⲁⲣⲟ piaro atau phiaro, bahasa Nobiin: Áman Dawū[3]) ialah sebatang sungai utama yang mengalir ke utara di benua Afrika; ia sungai terpanjang benua tersebut. Sungai Nil umumnya pernah dianggap sebagai sungai yang terpanjang di dunia[4][5] namun kajian terbaharu lebih menyatakan sungai Amazon mempunyai tambahan jarak yang sedikit lebih.[6][7]

Nil
Sungai
Evening, Nile River, Uganda.jpg
Sungai ini di Uganda
Negara-negara Egypt, Sudan, Sudan Selatan, Ethiopia, Uganda, Republik Demokratik Congo, Kenya, Tanzania, Rwanda, Burundi, Eritrea
Bandar-bandar Jinja, Juba, Khartoum, Cairo
Sumber kedua Sungai Nil Putih
 - lokasi Burundi[1] or Rwanda[2], Ethiopia
 - ketinggian 2,400 m (7,874 ft)
Sumber tambahan Sungai Nil Biru
 - lokasi Tasik Tana, Habsyah
Pertembungan sumber berdekatan Khartoum
Muara
 - lokasi Delta Nil, Egypt
 - ketinggian 0 m (0 ft)
Panjang 6,853 km (4,258 mi)
Lebar 2.8 km (2 mi)
Kedalaman 8−11 m (−28 ft)
Lembangan 3,400,000 km2 (1,312,747 sq mi)
Pelepasan
 - purata 2,830 m3/s (99,941 cu ft/s)
River Nile map.svg

Sungai Nil mempunyai dua cawangan yang utama, iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih. Sungai Nil Biru ialah punca untuk kebanyakan air dan tanah subur Sungai Nil, tetapi Sungai Nil Putih ialah cawang yang lebih panjang antara kedua-dua cawang ini. Sungai Nil Putih berpuncakan kawasan tasik-tasik besar di Afrika Tengah, dengan titik punca terpencilnya di Rwanda Selatan ( 2°16′55.92″S, 29°19′52.32″T,) dan mengalir ke utara merentasi Tanzania, Tasik Victoria, Uganda, dan bahagian selatan Sudan, manakala Sungai Nil Biru berpunca di Tasik Tana, Habsyah, dan mengalir masuk ke Sudan dari tenggara. Kedua-dua cawang ini bertemu berhampiran dengan Khartoum, ibu negara Sudan.

Bahagian utara Sungai Nil mengalir hampir pada keseluruhannya merentasi gurun, dari Sudan masuk ke Mesir, sebuah negara yang tamadunnya bergantung kepada sungai ini sejak dari zaman purba lagi. Kebanyakan penduduk Mesir dan kesemua kotanya, kecuali kota-kota yang terletak berhampiran dengan pantai, terletak di sepanjang lembah Nil di utara Aswan; hampir semua tapak kebudayaan dan sejarah Mesir Kuno terletak di sepanjang tebing sungai ini.

Sungai Nil tamat di sebuah delta yang mengalir masuk ke Laut Mediterranean.

Etimologi perkataan Sungai NilSunting

Perkataan "Nil" (bahasa Arab: 'nīl) datangnya daripada perkataan Greek, Neilos (Νειλος), yang membawa pengertian "lembah sungai". Dalam bahasa Mesir kuno, Sungai Nil dipanggil iteru yang bermaksud "sungai besar", dan dilambangkan dengan hieroglif yang ditunjukkan di kanan (secara harfiahnya, itrw). [8] Dalam bahasa Kubti, perkataan piaro (Sahidik) atau phiaro (Bohairik) yang bermaksud "sungai" (secara harfiahnya, p(h).iar-o bermaksud "terusan agung") datangnya daripada nama purba yang sama.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Nile River Egypt". Egypt Attraction.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2007. Dicapai pada 22 June 2021.
  2. ^ "Team reaches Nile's 'true source'". BBC News. 31 March 2006.
  3. ^ Reinisch, Leo (1879). Die Nuba-Sprache. Grammatik und Texte. Nubisch-Deutsches und Deutsch-Nubisches Wörterbuch Erster Theil. Zweiter Theil. m/s. 220.
  4. ^ "Nile River". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2015.
  5. ^ Liu, Shaochuang; Lu, P; Liu, D; Jin, P; Wang, W (1 March 2009). "Pinpointing the sources and measuring the lengths of the principal rivers of the world". Int. J. Digital Earth. 2 (1): 80–87. Bibcode:2009IJDE....2...80L. doi:10.1080/17538940902746082. S2CID 27548511.
  6. ^ Amazon Longer Than Nile River, Scientists Say Diarkibkan 15 Ogos 2012 di Wayback Machine
  7. ^ "How Long Is the Amazon River?". Encyclopedia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2018. Dicapai pada 24 December 2018.
  8. ^ Laman web Glyphdoctors: Apakah panggilan orang Mesir Kuno untuk Sungai Nil? Dicapai pada 17 Oktober 2006 - log masuk diperlukan atau masuk sebagai Tetamu)

Pautan luarSunting