Lembu Kedah-Kelantan

Lembu Kedah-Kelantan merupakan baka lembu asal Malaysia yang paling laris dan terkenal sekali, diternak khusus untuk dagingnya. Lembu jenis ini diminati kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit.[1]

Lembu Kedah-Kelantan
Negara asalMalaysia
TaburanDi seluruh malaysia
KegunaanDaging
Ciri-ciri
BeratJantan: 400-500 kg
 Betina: 200-250 kg
Warna kulitCoklat, merah coklat atau kelabu
Status tandukMempunyai tanduk
Lembu
Bos primigenius

Ciri-ciri sunting

Lembu Kedah-Kelantan tumbuh dengan bulu jarang berwarna merah coklat, coklat atau kelabu yang meliputi susuk badan yang pejal, kecil dan tegap dengan bahagian punggung yang lurus dan sederhana besar, disokong oleh kaki-kaki yang pendek. Mukanya rata, kepalanya lebar dan pendek, tanduknya kecil. Lembu jantan mempungai bongol yang rendah. Beratnya ketika lahir adalah 15.8kg (bagi jantan) dan 14.7kg (bagi betina), dan berat matangnya 270-350kg (bagi jantan) dan 250kg (bagi betina). Hasil dagingnya adalah 50 peratus daripada jumlah berat badannya.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Buku Paduan". Portal Sesawang Jabatan Veterinar Malaysia. Dicapai pada 2017-12-27. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Baka Lembu Pedaging". Ilmutani.com. 2017-01-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-27. Dicapai pada 2017-12-27. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)