Lencana

aksesori dengan lambang yang menunjukkan keahlian atau pangkat

Lencana ialah tanda atau aksesori, selalunya berbentuk insignia bagi sesebuah organisasi, yang dianugerahkan atau dipamer bagi menunjukkan prestasi perkhidmatan, suatu pencapaian istimewa, suatu simbol kuasa yang diberikan dengan mengangkat sumpah (contoh, polis dan bomba), suatu tanda pekerjaan atau status pelajar yang sah, atau sebagai cara pengenalan yang mudah. Ia juga digunakan dalam pengiklanan, publisiti, dan untuk tujuan penjenamaan. Lencana polis bermula sejak zaman pertengahan apabila kesatria memakai jata mewakili kebaktian dan kesetiaan.

Lencana Jabatan Polis Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey.

Lencana boleh diperbuat dari logam, plastik, kulit, tekstil, getah, dsb., dan ia lazimnya dilekatkan pada baju, beg, kasut, kenderaan, peralatan elektrik rumah, dsb. Lencana tekstil atau kain boleh ditenun atau disulam, dan boleh dilekatkan dengan gam, di seterika, di jahit atau di renda.

Lencana menjadi barang koleksi yang paling diminati: di UK, sebagai contoh, Badge Collectors' Circle telahpun wujud sejak tahun 1980.[1]

Dalam tentera, lencana digunakan sebagai penanda unit atau cabang yang dimiliki oleh pemakai, dan juga kelayakan yang diterima melalui latihan ketenteraan, pangkat, dsb. Begitu juga, pertubuhan belia seperti kepanduan dan pengakap menggunakannya bagi menunjukkan keahlian kumpulan, anugerah dan pangkat.

Lencana Bundeskriminalamt Jerman.
Belakang lencana, dengan pemasangan pin keselamatan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "The history of the Badge Collectors Circle". Dicapai pada 2011-08-02.
  • Setchfield, Frank (1986). Official Badge Collector's Guide: From the 1890s to the 1980s. London: Longman. ISBN 0-582-89306-2

Pautan luar sunting

Templat:Orders and phaleristics