Lencana Armada Laut Lepas

Lencana Armada Laut Lepas (Jerman: Das Flottenkriegsabzeichen atau High Seas Fleet Badge) adalah anugerah tentera Jerman Nazi semasa Perang Dunia II yang dikurniakan kepada krew-krew Armada Laut Lepas Kriegsmarine, terutamanya yang berkhidmat diatas kapal tempur dan kapal kruiser, tetapi juga diatas mana-mana kapal yang membantu operasi mereka kerana disebabkan tiada anugerah lain untuk diberikan.[1]

Lencana Perang Armada Jerman

Walaupun anugerah ini telah dizahirkan pada April 1941, ia boleh dikurniakan untuk pertempuran yang berlaku sebelum tarikh ini dan boleh menyerlahkan perjuangan menentang Armada British.

Kriteria anugerah sunting

Untuk layak menerima lencana ini seseorang itu mesti berkhidmat selama 12 minggu diatas kapal tempur atau kapal kruiser, berserta bukti kecemerlangan dan kelakuan terpuji. Jumlah minggu akan dikurangkan jika salah satu syarat-syarat ini dipenuhi:[2][3]

  • Jika penerima tercedera atau terbunuh semasa pelayaran.
  • Pencapaian cemerlang dalam sesuatu pertempuran.
  • Jika penjelajahan berjaya.
  • Kapal individu tenggelam semasa bertempur. (Bismarck, Admiral Graf Spee, Blücher)
  • Terlibat dalam penenggelaman HMS Rawalpindi oleh Scharnhorst dan Gneisenau dan penenggelaman dua kapal dagang di selatan Jan Mayen oleh Deutschland.
  • Kesemua krew anggota Scharnhorst dan Gneisenau menerima anugerah ini memandangkan keberkesanan operasi kapal-kapal ini.
  • Untuk setiap kelasi yang telah berada diatas Tirpitz semasa ia dibom dan ditenggelamkan oleh R.A.F British di Tromsö Fjord pada 12 November, 1944.

Lencana ini dipakai pada bahagian bawah poket dada sebelah kiri pakaian seragam tentera, dibawah Iron Cross Kelas 1 jika ada, atau gred yang setaraf.

Rujukan sunting