Leo Burnett Worldwide

Leo Burnett Worldwide, Inc., juga dikenali sebagai Leo Burnett Company, Inc., ialah sebuah firma pengiklanan Amerika Syarikat yang diasaskan pada 5 Ogos 1935 di Chicago oleh Leo Burnett.[1]

Leo Burnett Worldwide, Inc.
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriPengiklanan
Ditubuhkan5 Ogos 1935; 88 tahun yang lalu (1935-08-05)
PengasasLeo Burnett
Ibu pejabatLeo Burnett Building
Chicago, Illinois, Amerika Syarikat
PemilikPublicis Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan9.000+
Syarikat indukPublicis Groupe
PembahagianArc Worldwide
Rokkan
Turner Duckworth
Tapak webleoburnett.com
Twitter: LeoBurnett Instagram: leoburnett LinkedIn: leo-burnett Youtube: UC2VBp3g_mLMrLsywkXN5O6g Pinterest: leoburnett Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada September 2002, syarikat ini diperolehi oleh Publicis Groupe, firma pengiklanan tertua dan ketiga terbesar di dunia.[2][3]

Sejarah sunting

Leo Burnett Company, Inc. ditubuhkan pada 5 Ogos 1935 di Chicago oleh Leo Burnett.[4][2] Pada tahun 1944, firma ini membuka pejabat cawangan di New York City. Pada Februari 1967, Leo Burnett menyumbangkan semua saham syarikat ini ke sebuah pertubuhan amal. Agihannya kemudian "menghampiri $250 juta."[5]

Pada 20 Mac 1967, firma ini menyelesaikan pemerolehan terhadap D.P. Brother & Co.[2] Pada 8 Jun 1971, Leo Burnett meninggal dunia pada usia 79 tahun.[6]

Pada 3 November 1999, Burnett dan D'Arcy Masius Benton & Bowles mengumumkan penubuhan BDM. BDM kemudian bertukar nama menjadi Bcom3. Roy Bostock kemudian dilantik sebagai Pengerusi dan Roger Haupt dilantik sebagai CEO.

Pada September 2002, Bcom3 diperolehi oleh Publicis Groupe.[7][2]

Firma pengiklanan bebas Brazil, Tailor Made juga diperolehi oleh Publicis pada tahun 2011 dan digabung dengan Leo Burnett Brazil untuk membentuk Leo Burnett Tailor Made. Pada saat itu, kliennya antara lain Fiat, Procter & Gamble, Emirates, dan Chrysler.[8]

Rich Stoddart kemudian menjadi CEO syarikat ini bermula pada 2016.[9]

Klien sunting

Makanan sunting

Maskot Pillsbury Doughboy untuk syarikat Pillsbury Company diciptakan Rudy Perz, seorang penulis iklan akhbar yang bekerja di Leo Burnett.[10]

Salah seorang pegawai firma ini, Tom Rogers, juga mencipta watak Charlie si Tuna untuk StarKist Tuna. Kempen iklan ini menambah frasa "Sorry Charlie" ke leksikon Amerika.[11] StarKist masih menggunakan Charlie untuk mewakili jenama mereka sehingga kini.[12]

Hubungan StarKist dengan Leo Burnett Company bermula pada 1958 dan berterusan setelah Heinz membeli StarKist pada tahun 1963. Untuk Heinz, firma ini menerbitkan sebuah siri iklan televisyen yang menekankan ketebalan jenama sos tomatonya, termasuk sebuah iklan yang menggunakan lagu Carly Simon, "Anticipation".[13]

Ikon iklan Jolly Green Giant dan Sprout juga berasal dari firma ini. Minnesota Valley Canning Company awalnya mencipta watak Jolly Green Giant sebagai seorang manusia gua raksasa untuk mewakili ukuran kacang LeSeur mereka yang besar. Leo Burnett kemudian ditugaskan untuk membuat Jolly Green Giant lebih kelihatan ramah. Pada tahun 1972, Jolly Green Giant ditemani Sprout agar lebih menarik bagi kanak-kanak.[14][15]

McDonald's mula beroperasi di India pada 1996 dan juga mempekerjakan Leo Burnett (India).[16]

Produk lain sunting

Pada tahun 1961, firma ini menghasilkan iklan kempen "Dependability" untuk jenama Maytag. Kempen ini menampilkan testimoni pelanggan mengenai produk Maytag. Kempen ini berevolusi menjadi sebuah acara radio interaktif di Kanada, di mana seorang juruteknik akan memberikan saranan kepada pelanggan. Pada tahun 1967, watak 'Ol Lonely pertama kali muncul di televisyen. Jesse White memegang watak juruteknik Maytag sehingga 1989 dan digantikan oleh Gordon Jump.[17]

Diirma ini juga bekerjasama dengan Philip Morris (kini sebahgian dari Altria Group) untuk membangunkan Marlboro menjadi sebuah jenama global, dengan penekanan pada kemaskulinan melalui penampilan Marlboro Man di American Frontier.[18][19][20] Sebelum ini, Marlboro ialah "sebuah jenama feminin."[5][21]:p.LB-6

Burnett juga menghasilkan maskot Morris si Kucing untuk 9Lives. Ilan televisi yang menampilkan kucing itu diterbitkan bermula pada 1969 hingga Burnett menamatkan kerjasamamya dengan Heinz pada 1994.[13]

Kontroversi sunting

Rencana Taman Negara Guarita ialah salah satu dari beberapa rencana yang terpengaruh oleh kempe iklan terselubung. Gambar utama rencana tersebut pernah digantikan oleh gambar seorang lelaki yang memakai jaket The North Face.

Dalam terjemahan bahasa Inggeris dari salah satu episod Pokémon: The Johto Journeys, iaitu The Whistle Stop, yang pada mulanya ke udara pada 2 Disember 2000, watak James diserap sebahagiannya oleh Victreebell, dan ketika bersusah payah melepaskan diri, ia mengatakan "Leo Burnett and 4Kids are the Devil!" secara terbalik. Eric Stuart, pelakon suara James dalam bahasa Inggeris kemudian menjelaskan[22] bahawa hal itu merupakan bentuk bantahan terhadap keputusan Leo Burnett yang menghentikan pemberian pampasan kepada pelakon suara Pokémon atas penggunaan klip audionya pada promosi untuk acara tersebut. Suara untuk adegan ini kemudian diubah kepada edisi untuk rumah.

Pada tahun 2019, anak syarikat firma ini di Brazil, Leo Burnett Tailor Made melakukan penempatan produk di Wikipedia, di mana mereka menempatkan gambar untuk mengiklankan produk The North Face di Wikipedia,[23][24][25] dan kemudian mengiklankan bahwa memang mereka lah yang melakukan itu pada sebuah video yang diunggah ke YouTube.[26][27] Selepas itu, Wikipediawan menghapuskan gambar tersebut,[28] dan Yayasan Wikimedia mengeluarkan sebuah kenyataan untuk mengutuk perbuatan Leo Burnett Tailor Made.[29]

The North Face kemudian menulis di Twitter untuk menyatakan bahawa mereka telah mengakhiri kempen tersebut dan bahawa "mereka amat percaya kepada misi Wikipedia dan meminta maaf kerana telah melakukan perkara yang tidak sesuai dengan prinsip Wikipedia."[30]

Rujukan sunting

  1. ^ "Company Overview of Leo Burnett Company, Inc". Bloomberg. Dicapai pada 10 April 2018.
  2. ^ a b c d "Leo Burnett Co" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-31.
  3. ^ "Leo Burnett Worldwide, Inc.: Private Company Information - Businessweek". Businessweek.com.
  4. ^ "Company Overview of Leo Burnett Company, Inc". Bloomberg. Dicapai pada 10 April 2018.
  5. ^ a b "Leo Burnett, still reaching for the stars after 60 years". Advertising Age. July 31, 1995.
  6. ^ "Leo Burnett, 79, Led Ad Agency". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 1971-06-09. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2018-05-31.
  7. ^ "Leo Burnett Worldwide, Inc.: Private Company Information - Businessweek". Businessweek.com.
  8. ^ "Publicis Groupe buys into Brazilian agency to bolster Leo Burnett". www.campaignlive.co.uk. Dicapai pada 2019-05-30.
  9. ^ "Leo Burnett Worldwide names new CEO". Crain's Chicago Business. January 27, 2016. Dicapai pada 2017-11-15.
  10. ^ Sam Roberts (2010-04-03). "Rudolph Perz, Creator of Pillsbury's Doughboy, Dies at 89". The New York Times. Dicapai pada 2018-10-02.
  11. ^ McCarthy, Michael (17 November 1997). "Charlie the Tuna Returns to Ads And More Corporate Rejection". The Wall Street Journal. Dicapai pada 8 December 2019.
  12. ^ Holley, Joe (2005-07-08). "Charlie the Tuna Creator Tom Rogers Dies" (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada 2018-04-06.
  13. ^ a b "A Parting of Ways for Heinz And Morris the Cat's Creator". The New York Times. 24 November 1994. Dicapai pada 8 December 2019.
  14. ^ "Character of the Week: Jolly Green Giant". Retro Planet. 2009-02-28. Dicapai pada 2018-04-30.
  15. ^ Taylor, Heather (2017-08-28). "The Story of Green Giant's Sprout". AW360 (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-30.
  16. ^ William M. O'Barr, "Advertising in India." Advertising & Society Review 9#3 (2008): 1-33.
  17. ^ "Still Lonely After All These Years (8/1)" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-03. Dicapai pada 2018-05-18.
  18. ^ Navid Hafez, and P. M. Ling. "How Philip Morris built Marlboro into a global brand for young adults: implications for international tobacco control." Tobacco control 14.4 (2005): 262-271.
  19. ^ John G. Blair, "Cowboys, Europe and smoke: Marlboro in the saddle." in Rob Kroes and Michael P. Malone, eds., The American West: As seen by Europeans and Americans (1989): 360-83.
  20. ^ Hilary Cooperman and Relli Shechter. "Branding the Riders: 'Marlboro Country' and the Formation of a New Middle Class in Egypt, Saudi Arabia, and Turkey." New global studies 2#3 (2008).
  21. ^ "Burnett repositioned Marlboro cigarettes from a feminine brand to one that shouted masculinity."
  22. ^ Yui-senpai (2011-08-21). Eric Stuart answers a long-wondered question about Pokémon. Youtube. Dicapai pada 2020-06-05.
  23. ^ "Egg on North Face: Wikipedia furious after glamp-wear giant swaps article pics for sneaky ad shots – and even brags about it in a video • The Register Forums". forums.theregister.co.uk. Dicapai pada 2019-05-30.
  24. ^ Hern, Alex (30 May 2019). "North Face criticised for replacing Wikipedia pics with branded shots". The Guardian. Dicapai pada 30 May 2019.
  25. ^ McCarthy, John (30 May 2019). "The North Face axes 'unethical' Wikipedia product placement campaign by Leo Burnett". The Drum. Dicapai pada 30 May 2019.
  26. ^ "The North Face Breaches Wikipedia Terms Of Service To Reach Top Of Google Search Results". www.mediapost.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-05-30.
  27. ^ Fernando H Patucci (2019-05-24), The North Face / Top Of Images, dicapai pada 2019-05-30
  28. ^ Lee, Dami (2019-05-29). "North Face tried to scam Wikipedia to get its products to the top of Google search". The Verge. Dicapai pada 2019-05-30.
  29. ^ "Let's talk about The North Face defacing Wikipedia". Wikimedia Foundation (dalam bahasa Inggeris). 2019-05-29. Dicapai pada 2019-05-30.
  30. ^ @thenorthface (May 29, 2019). "@Wikipedia @LeoBurnett We believe deeply in @Wikipedia's mission and apologize for engaging in activity inconsistent with those principles. Effective immediately, we have ended the campaign and moving forward, we'll commit to ensuring that our teams and vendors are better trained on the site policies" (Twit). Dicapai pada May 29, 2019 – melalui Twitter.

Pautan luar sunting