Leo Moggie

(Dilencongkan dari Leo Moggie Anak Irok)

Tan Sri Datuk Amar Leo Moggie anak Irok (lahir 1 Oktober 1941) ialah seorang ahli politik Malaysia dari negeri Sarawak dan mantan presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) di Malaysia. PBDS adalah parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berikutan krisis 1983. Beliau ialah bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad dari 2004 hingga 2020.[1][2]

YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr.)

Leo Moggie

PSM; SSAP (Pah); DA (Swk)
Pengerusi
Tenaga Nasional Berhad
Dalam jawatan
12 April 2004 – 11 Mac 2020
Didahului olehAhmad Tajuddin Ali
Digantikan olehAhmad Badri Mohd Zahir
Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehSamy Vellu
Digantikan olehLim Keng Yaik
Menteri Kerja Raya
Dalam jawatan
1989–1995
Didahului olehSamy Vellu
Digantikan olehSamy Vellu
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
Dalam jawatan
1978–1989
Didahului olehV. Manickavasagam
Digantikan olehSamy Vellu
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kanowit, Sarawak
Dalam jawatan
1978–2004
Didahului olehJoseph Unting Umang
Digantikan olehAaron Ago Dagang
Butiran peribadi
LahirLeo Moggie anak Irok
(1941-10-01) 1 Oktober 1941 (umur 82)
Kanowit, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak, Empayar British (kini Sarawak, Malaysia)
Parti politikSNAP; PBDS
PasanganPuan Sri Elizabeth Moggie

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 1 Oktober 1941 di Kanowit, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tanjung Lobang, Miri dan Sekolah St Joseph Kuching sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Latihan Perguruan Batu Lintang, Miri.

Seterusnya beliau mendapat kelulusan Sarjana dalam bidang sejarah daripada Universiti Otago pada tahun 1965 dan Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Pennsylvania.

Kerjaya awal sunting

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Sarawak dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah Kapit. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Borneo Berhad (1973); Pengurus Besar (1974) sebelum meletakkan jawatan untuk terlibat sepenuhnya dalam bidang politik.

Politik sunting

Kerjaya politiknya bermula apabila bertanding dan menang kawasan parlimen Kanowit, negeri Sarawak 1974 hingga 2004. Beliau bertanding atas tiket parti PBDS-Barisan Nasional. Pada tahun 1978, beliau dilantik memegang portfolio Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Malaysia. Beliau meneruskan perkhidmatannya sebagai Menteri Kabinet dibawah pimpinan Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi.

Jawatan dalam perkhidmatan sunting

  • Menteri Kabinet di Negeri Sarawak (1976-1978)
  • Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1978-1989)
  • Menteri Kerja Raya (1989-1995)
  • Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1995-1998)
  • Menteri Tenaga , Komunikasi dan Multimedia (1998-2004)

Garis masa sebagai Ahli Parlimen sunting

Garis masa sebagai Ahli Parlimen yang telah berkhidmat selama lebih daripada 30 tahun

Rohani Abdul KarimRohani Abdul KarimDouglas Uggah EmbasTan Kok WaiTan Kok WaiJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganJoseph Pairin KitinganTan Seng GiawLeo Michael ToyadTan Seng GiawMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinMuhyiddin YassinRafidah AzizKarpal SinghKarpal SinghAbdul Kadir Sheikh FadzirAbdullah Ahmad BadawiNajib RazakNajib RazakRais YatimRais YatimSamy VelluLeo MoggieLeo MoggieSulaiman DaudLing Liong SikRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahRazaleigh HamzahLim Kit SiangLim Kit SiangLim Kit SiangAbdul Taib MahmudAbdul Taib MahmudGhafar BabaGhafar BabaMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir MohamadMahathir Mohamad

Selepas bersara politik sunting

  • Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari April 2004 hingga Mac 2020.[3] Kontrak beliau sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif TNB dilanjutkan selama setahun berkuat kuasa 12 Mac 2019 sehingga 11 Mac 2020.[4][5][6][7]
  • Pengerusi Lembaga Pengarah untuk Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Pro-Canselornya dari tahun 2004 hingga sekarang.
  • Pengarah Kapar Energy Ventures Sdn Bhd dari tahun 2004 hingga sekarang.
  • Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia sejak Mac 2005 hingga sekarang.
  • Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan di DiGi Telecommunications Sdn Bhd sejak tahun 2005 hingga 2013.[8]
  • Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Asia Plantations Limited sehingga 2014.
  • Pengarah Bebas Bukan Eksekutif New Straits Times Press sehingga 2008.

Anugerah dan penghargaan sunting

Antarabangsa sunting

Beliau menerima Doktor Kehormat Undang-undang dari Universiti Otago, New Zealand pada tahun 2000 dan Kehormat Doktor Sains dari Universiti Multimedia, Malaysia pada tahun 2003.

Malaysia sunting

  •   Malaysia :
    •   Panglima Perintah Kesetiaan kepada Mahkota Malaysia (PSM) - Tan Sri (2005)[9]
  •   Pahang :
    •   Kesatria Utama Perintah Sultan Ahmad Shah dari Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2007)[10]
  •   Sarawak :
    •   Komander Kesatria Perintah Bintang Kenyalang Sarawak (DA) - Datuk Amar (1999)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "TNB chairman Leo Moggie retires, Treasury Sec. Gen. Ahmad Badri to succeed". The Star. 28 February 2020. Dicapai pada 11 March 2020.
  2. ^ Safeek Affendy Razali (12 Mac 2020). "Leo Moggie bersara dari TNB". Berita Harian. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  3. ^ Pengerusi TNB, beliau menerima pengiktirafan daripada Persatuan Tenaga Profesional Malaysia (MEPA) atas sumbangan meluas beliau kepada industri utiliti elektrik negara, yang menjangkau lebih empat dekad. Berita Harian (21 November 2018). Dicapai pada 11 April 2019.
  4. ^ Shahizam Tazali (21 Februari 2019). TNB lanjut perkhidmatan Leo Moggie Diarkibkan 2019-03-28 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  5. ^ TNB extends Leo Moggie contract until March 2020 The Star Online (21 Februari 2019). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  6. ^ TNB extends Leo Moggie's chairmanship New Straits Times (21 Februari 2019). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  7. ^ Billy Toh (18 Februari 2019). TNB to extend Leo Moggie’s term The Edge Markets). Dicapai pada 28 Mac 2019.
  8. ^ "DiGi.com Berhad directorship". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-13. Dicapai pada 2019-04-27.
  9. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2019-04-27.
  10. ^ "Pahang Sultan awards for 182". The Star. 13 December 2007. Dicapai pada 9 September 2018.
Jawatan perniagaan
Didahului oleh
Awang Adek Hussin
Pengerusi
Tenaga Nasional Berhad

12 April 2004 – 11 Mac 2020
Diikuti oleh:
Ahmad Badri Mohd Zahir