Leonardo Puglisi ialah seorang wartawan muda berumur 14 tahun dari Melbourne, Negeri Victoria, Australia. Beliau ialah pengasas dan pengurus saluran berita dalam talian, yang dipanggil sebagai 6 News Australia. Leonardo pernah berwawancara bersama ahli politik terkemuka di Australia, seperti Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese[1] dan lain lagi.

Leonardo Puglisi
Lahir12 November 2007 (umur 15)
Melbourne, Victoria, Australia
PekerjaanPembaca Berita
RakyatAustralia
Tahun aktif2019 - kini
Ajen6 News Australia
Laman sesawang
https://www.6newsau.com/

Kerjaya sunting

Leonardo bermula kerjaya medianya pada tahun 2019, mengasaskan apa yang pada mulanya dikenali sebagai HMV Local News, iaitu membuat liputan berita di seluruh kawasan kejiranannya, dan sekitarnya sehingga penjenamaan semula pada awal 2020, yang dinamakan sebagai 6 News Australia. Leo mula mendapat perhatian semua, termasuk media tempatan Australia pada 2020 apabila dia membuat liputan mengenai perobohan rahsia menara loceng lama di Sekolah Rendah Hawthorn West (Hawthorn West Primary School) di Hawthorn, Victoria. Sejak itu, ramai yang mengikuti laman media sosial 6 News dan Leonardo sendiri, serta makin ramai remaja menjadi wartawan 6 News. Leo makin mendapat perhatian semula sekali lagi, apabila Leo mewawancara dengan bekas Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, pada bulan April 2022[2], dan Perdana Menteri Australia ketika ini (dahulunya ketua pembangkang Parlimen Australia), Anthony Albanese[1], beberapa minggu sebelum Pilihanraya negara Australia pada tahun 2022.

Dia telah menjadi subjek beberapa teori konspirasi, termasuk bahawa dia adalah "orang depan" untuk kerajaan Scott Morrison dan dibiayai oleh Rupert Murdoch.

Walaupun telah membuat banyak jenaka tentang tidak mengundi Parti Buruh Australia (Australia Labor Party) pada pilihan raya Australia sebelumnya (pada tahun 2022) kerana usianya[3], Leo tidak mempunyai pertalian politik yang diketahui.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Anthony Albanese grilled by teen journos weeks out from the election | FULL INTERVIEW | Uncensored 6 News Australia (Youtube / dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 September 2022.
  2. ^ Scott Morrison asked tough questions in heated chat with teen journos | FULL INTERVIEW | UNCENSORED 6 News Australia (Youtube / dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 September 2022.
  3. ^ https://twitter.com/Leo_Puglisi6/status/1520692886266052609 Leo Puglisi (Twitter / dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 September 2022.

Pautan luar sunting