Les' Copaque Animation Academy

Berdasarkan pengalaman dan kejayaan Les' Copaque Production (LCP) menerajui dunia industri animasi 3D tanah air, kekurangan pengalaman dan kemahiran daripada graduan lepasan universiti atau kolej yang mengambil jurusan animasi menyebabkan Les’ Copaque Animation Academy ditubuhkan. [1]

Les’ Copaque Animation Academy
Nama lain
LCAA
MotoBeyond Imagination
JenisIndustrial Driven College
Ditubuhkan pada2015 (2015)
PenggabunganLes’ Copaque Production
PengarahHaji Burhanudin Mohd Radzi
Lokasi, ,
3°04′20″N 101°33′19″E / 3.0722189°N 101.55517859999998°E / 3.0722189; 101.55517859999998
KampusNo 48, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Laman sesawangwww.lcaa.edu.my

Note: Tel: +603 5569 9947 Faks: +03 5569 9948 Email: admin@lcaa.edu.my

Justifikasi Penubuhan LCAA sebagai IPTS sunting

Animasi adalah sebuah bidang perniagaan yang rumit untuk dibangunkan kerana ia memerlukan latihan kemahiran yang khusus untuk setiap proses pembuatan animasi. Studio animasi yang berjaya perlu membangunkan studio tersebut di dalam persekitaran kilang di mana proses pembuatan animasi Itu disusun atur mengikut kehendak syarikat bagi menghasilkan produk yang berkualiti dengan efisyen. Susun atur proses ini dibangunkan oleh syarikat tersebut dan menjadi rahsia perniagaan bagi studio animasi yang berjaya.[2] [3]

  • Pensyarah berbakat

Gabungan pengalaman praktikal dan teori akan membekalkan pelajar dengan kemahiran yang dapat menyediakan pelajar untuk tuntutan pekerjaan. LCAA telah merekrut pensyarah yang akan menyediakan pendidikan yang berwawasan kepada pelajar untuk memajukan kerjaya mereka dalam industri kreatif.

  • Dari industri ke industri

Pendekatan holistik LCAA menggabungkan kemahiran teknikal dan praktikal yang relevan dengan amalan terbaik industri. LCAA adalah sebahagian daripada Les 'Copaque Production. Syarikat subsidiari kami termasuk Les 'Copaque Game Development (LCGDI), Gang' Corner, Les 'Copaque Merhandising (LCM), LCTV (Akan Datang), dan Upin Ipn Theme Park (Akan Datang). [4]

  • Prospek kerjaya

Pihak Les' Copaque merasakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) perlu ditubuhkan supaya sistem latihan yang sedia ada dapat dijadikan sebuah latihan yang formal dan mendapat pengiktirafan bagi memudahkan pelajar mencari peluang pekerjaan di studio animasi yang banyak ditubuhkan di negara ini. Ia bukan sahaja dapat melahirkan graduan yang berkemahiran di dalam bidang animasi 3D tetapi secara tidak langsung industri animasi 3D tanahair dapat dikembangkan.[5]

Sejarah sunting

Kerjasama MDEC (2015) sunting

LCAA telah dipilih oleh MDeC sebagai satu rujukan industri dan pusat latihan animasi 3D untuk menyertai program Tech Creavery ’15 anjuran Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) di mana LCAA dikehendaki menjalankan bengkel latihan kemahiran animasi 3D [6] [7]

Kelulusan sebagai IPTS (2016) sunting

LCAA dikejutkan dengan berita kelulusan permohonan penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) bertarikh 23 Disember 2016 (Surat Rujukan: JPT/BPP(K)1000-600/B2140) dari Bahagian Pendaftaran dan Piawaian, Jabatan Pendidikan Tinggi. Permohonan ini telah diluluskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi di bawah Perenggan 10(1)(a) Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan Perlembagaan IPTS  yang membawa status LCAA kepada Kolej.

Perkembangan (2017-Kini) sunting

Sehingga kini, pelbagai program animasi 3D telah dijalankan oleh LCAA khususnya kepada pensyarah kolej vokasional, pensyarah institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah. Pada tahun 2017, LCAA telah mengorak langkah untuk menjalankan program pengajian peringkat Diploma iaitu 'Diploma in Technology 3D AniMedia' dan 'Diploma in Creative Business' di samping mengetengahkan program pengajian Ijazah Sarjana Muda iaitu ‘Bachelor of Information Technology (Hons) in 3D Animation and Digital Media’ menerusi program jalinan kerjasama bersama Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL).

Penawaran Kursus sunting

Antara pelajar yang layak dan sesuai mengikuti program Diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit atau setara   
  • Sijil Multimedia Kreatif yang diiktiraf atau setara dengannya
  • Sijil Teknikal dan Vokasional yang berkaitan dan diiktiraf atau setara, dengan satu (1) tahun pengalaman kerja yang berkaitan atau satu (1) semester program bridging.
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 1 kredit.

[8]

Diploma in Technology 3D aniMedia sunting

Penggunaan nama AniMedia adalah gabungan di antara Animasi dan Media. Silibus Diploma Teknologi 3D AniMedia adalah merangkumi kursus untuk animasi dan media.   Penggunaan nama AniMedia adalah berperanan untuk menunjukkan bahawa terdapat perbezaan modul pembelajaran yang telah diajar oleh institusi pengajian tinggi tempatan sama ada awam mahupun swasta dengan Les’ Copaque Animation Academy dimana pembelajaran yang diajar menerusi AniMedia adalah pembelajaran lengkap mengikut kehendak industri terkini. Nama AniMedia tidak pernah digunakan oleh institusi pembelajaran di Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan nama tersebut diperjelaskan secara terperinci oleh Les’ Copaque Animation Academy

Diploma in Creative Business sunting

Diploma Perniagaan Kreatif (Diploma in Creative Business) merupakan satu tahap pembelajaran yang telah dibangunkan melalui elemen perniagaan dan keusahawanan yang menggabungkan modul asas perniagaan dan juga modul pembelajaran kreatif. Modul yang dibangunkan ini bukan sahaja mampu melahirkan seorang pelajar yang mengetahui selok belok perniagaan malahan pelajar itu juga dapat mempelajari dan merancang strategi yang digunakan di dalam pemasaran khususnya menaikkan penjenamaan syarikat dan produk. Pelajar berkebolehan mewujudkan perniagaannya sendiri dan seterusnya menaikkan penjenamaan disamping meningkatkan pendapatannya secara online melalui modul Digital Marketing & New Media. 

Kursus Kemahiran Jangka Pendek sunting

LCAA mengetengahkan beberapa program kursus jangka pendek yang telah dinaik taraf dan dikemaskini bagi memberi lebih peluang kepada semua untuk menyertainya, terutamanya para pelajar yang sedang menjalani musim cuti sekolah. Program Kursus Multimedia Kreatif iaitu ‘Creative Artwork Course’ yang dijadualkan hanya Kelas Malam diperkenalkan dan antara kursus yang dijalankan adalah Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe After Effect, Introductury to 3D Animation, dan Digital Wacom Drawing yang setiap satunya mengambil masa hanya 12 kelas (kurang dari 3 bulan) dan sijil khas dari LCAA turut diberikan selepas tamat kursus. [9]

Rujukan sunting

  1. ^ Making Malaysia A Regional Creative Hub
  2. ^ http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/8216-orang-minyak-8217-berjaya-dalam-animasi-1.273957
  3. ^ https://www.digitalnewsasia.com/startup-slugfest-business-model-vs-business-frame
  4. ^ http://www.astroawani.com/video-bisnes/animation-academy-bangunkan-bakat-animasi-negara-104355
  5. ^ http://www.surfinginmap.club/toplace/1017885728
  6. ^ http://forum.lescopaqueacademy.edu.my/
  7. ^ https://www.mydigitalmaker.com/sites/default/files/Digital%20Maker%20Playbook%202017.pdf
  8. ^ http://www.academia.edu/7333363/Development_of_creative_industries_in_Malaysia_as_experienced_by_LesCopaque_production._The_case_study
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-03. Dicapai pada 2017-08-03.

Pautan luar sunting

  1. Laman web rasmi Les' Copaque Production : http://lescopaque.com/newweb/
  2. Instagram  : https://www.instagram.com/lescopaqueacademy/
  3. Facebook Page  : Facebook Rasmi LCAA

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.