Les Misérables [lé mi-zĕ-rab] ialah sebuah novel sejarah karya Victor Hugo terbit tahun 1862. Ia mengisahkan kisah beberapa watak yang mengharungi perit kehidupan mereka sehingga memuncak berlakunya Pemberontakan Jun di Paris tahun 1832.[1] Ia banyak menumpukan kepada latar sejarah dan tempat kota tersebut serta tema-tema politik, falsafah, agama berat dan perasaan kasih sayang dan cinta.

Les Misérables
Terbitan jilid pertama tahun 1862 oleh Lacroix, Verboeckhoven dipamerkan di Brussels, Belgium
Umum
PengarangVictor Hugo
NegaraBelgium
BahasaBahasa Perancis
GenreNovel epik, cereka sejarah
Penerbitan
PengilustrasiEmile Bayard
PenerbitA. Lacroix, Verboeckhoven & Cie.
Tarikh penerbitan
1862

Ia banyak diadaptasikan dalam bentuk TV, filem serta pementasan teater.

Latar belakang sunting

Novel ini dibahagikan kepada lima jilid, setiap jilid itu dibahagikan pula kepada buku yang mempunyai bab pendek; setiap bab ini terdiri daripada beberapa mukasurat sahaja. Novel ini keseluruhannya mempunyai sebanyak 48 buku dan 365 bab.

Sinopsis sunting

Jilid I sunting

Jilid II sunting

Jilid III sunting

Jilid IV sunting

Jilid V sunting

Watak-watak sunting

 
Cossete menyapu halaman rumah keluarga Thénardier
(illustrasi oleh Émile Bayard, 1886)
  • Jean Valjean – dipenjarakan selama sembilan belas tahun kerana mencuri sebuku roti demi mengisi lapar tujuh anak kakaknya serta beberapa percubaan melolos diri yang gagal. Dia masih dipandang hina kerana statusnya sebagai seorang banduan namun berusaha mengubah dirinya selepas diberi nasihat seorang paderi bernama Myriel.
  • Javert – seorang inspektor polis yang berusaha keras mahu menahan Valjean
  • Fantine – seorang pekerja kilang Paris, dia hidup sengsara dengan anaknya selepas ditinggalkan kekasihnya, Félix Tholomyès.
  • Cosette (Euphrasie, Mademoiselle Lanoire, Ursula) – anak luar nikah Fantine dan Tholomyès.
  • Monsieur Thénardier dan Madame Thénardier (juga Jondrettes, M. Fabantou, M. Thénard) – Pemilik rumah tumpangan Fantine dan Cosette yang sering memeras ugut anak-beranak tersebut.
  • Éponine – anak perempuan sulung keluarga Thénardier.
  • Enjolras – Ketua sebuah kelompok revolusioner dalam Pemberontakan Jun diberi nama Les Amis de l'ABC

Novel ini turut ditampilkan adanya seorang pencerita awanama yang menjelaskan kejadian-kejadian yang berlangungn sepanjang hidup watak-watak ini.

Adaptasi sunting

Pementasan teater sunting

Filem sunting

Televisyen sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "BBC News – Bon anniversaire! 25 facts about Les Mis". BBC Online. 1 October 2010. Dicapai pada 1 October 2010.
  2. ^ The Broadway League. "The official source for Broadway Information". IBDB. Dicapai pada 31 Disember 2012.
  3. ^ AlloCine, Les Misérables, dicapai pada 23 September 2015
  4. ^ Les Misérables di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  5. ^ Les Misérables di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  6. ^ Les Misérables di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)

Pautan luar sunting