Lesbos
Lesbos (bahasa Yunani: Λέσβος) adalah pulau Yunani yang terletak di Laut Aegea. Pulau ini berkeluasan 1,630 km persegi dan mempunyai pantai sepanjang 320 km.
Lesvos Λέσβος | |
---|---|
![]() Lesbos dalam rantau Aegea Utara, tanah Turki di sebelah timur pulau. | |
Koordinat: 39°12′36″N 26°16′48″E / 39.21000°N 26.28000°EKoordinat: 39°12′36″N 26°16′48″E / 39.21000°N 26.28000°E | |
Negara | Yunani |
Kawasan | Aegea Utara |
Ibukota | Mytilene |
Luas | |
• Jumlah | 1,632.8 km2 (630.4 batu persegi) |
Penduduk (2011) | |
• Jumlah | 86,436 |
• Kepadatan | 53/km2 (140/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+2 (EET) |
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) |
Postal codes | 81x xx |
Area codes | 225x0 |
Penduduknya berjumlah lebih kurang 90,000 orang di mana sepertiga daripadanya tinggal di Mytilene, ibu kota pulau ini; mereka bergantung kepada hasil pertanian terutamanya minyak zaitun, perikanan serta penghasilan sabun dan arak ouzo.
Geografi Sunting
Pulau ini sarat hutan dan bergunung-ganang; terdapat dua puncak tinggi di sana iaitu Gunung Lepetymnos di utara dan Gunung Olympus di tengah pulau masing-masing berketinggian 968 dan 967 meter.[1] Ia juga mempunyai seberapa mata air panas hasil keigatan volkanik yang membentuk pulau tersebut.
Iklim dan suhu Sunting
Pulau ini iklim Mediterranean musim panas (pengelasan iklim Köppen: Csa). Purata suhu tahunan ialah 18 °C (64 °F) manakala sukatan air hujan tahunan ialah 750 mm (30 in). Ia sering menerima sinaran matahari.
Data iklim untuk Mytilene | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tertinggi °C (°F) | 20.2 (68.4) |
21.3 (70.3) |
28.0 (82.4) |
31.0 (87.8) |
35.0 (95) |
40.0 (104) |
39.5 (103.1) |
38.2 (100.8) |
36.2 (97.2) |
30.8 (87.4) |
27.0 (80.6) |
22.5 (72.5) |
40.0 (104) |
Purata tinggi °C (°F) | 12.1 (53.8) |
12.6 (54.7) |
14.6 (58.3) |
19.0 (66.2) |
23.9 (75) |
28.5 (83.3) |
30.4 (86.7) |
30.2 (86.4) |
26.7 (80.1) |
21.7 (71.1) |
17.2 (63) |
13.8 (56.8) |
20.9 (69.6) |
Min harian °C (°F) | 9.5 (49.1) |
9.9 (49.8) |
11.6 (52.9) |
15.6 (60.1) |
20.2 (68.4) |
24.7 (76.5) |
26.6 (79.9) |
26.1 (79) |
22.9 (73.2) |
18.5 (65.3) |
14.3 (57.7) |
11.3 (52.3) |
17.6 (63.7) |
Purata rendah °C (°F) | 6.7 (44.1) |
7.0 (44.6) |
8.0 (46.4) |
11.2 (52.2) |
15.2 (59.4) |
19.3 (66.7) |
21.6 (70.9) |
21.4 (70.5) |
18.5 (65.3) |
14.8 (58.6) |
11.4 (52.5) |
8.7 (47.7) |
13.7 (56.7) |
Rekod terendah °C (°F) | −4.4 (24.1) |
−3.0 (27) |
−1.2 (29.8) |
4.0 (39.2) |
8.4 (47.1) |
11.0 (51.8) |
15.8 (60.4) |
16.3 (61.3) |
10.9 (51.6) |
5.2 (41.4) |
1.4 (34.5) |
−1.4 (29.5) |
−4.4 (24.1) |
Kerpasan mm (inci) | 129.9 (5.114) |
97.2 (3.827) |
75.1 (2.957) |
46.8 (1.843) |
21.2 (0.835) |
6.0 (0.236) |
2.3 (0.091) |
4.1 (0.161) |
10.7 (0.421) |
38.2 (1.504) |
93.7 (3.689) |
145.4 (5.724) |
670.6 (26.402) |
% Kelembapan | 71.0 | 69.8 | 57.5 | 63.9 | 62.6 | 57.3 | 56.0 | 57.4 | 59.5 | 66.1 | 71.0 | 72.0 | 64.5 |
Purata hari kerpasan (≥ 1.0 mm) | 9.0 | 8.1 | 6.5 | 4.8 | 2.7 | 0.8 | 0.4 | 0.4 | 1.3 | 3.3 | 6.8 | 10.0 | 54.1 |
Sumber #1: Khidmat Meteorologi Kebangsaan Yunani[2] | |||||||||||||
Sumber #2: NOAA[3] |
Sejarah Sunting
Sejak lewat tahun 2010-an dengan meletusnya Perang Saudara Syria, ia menjadi kawasan tumpuan para pelarian Timur Tengah kerana dekatnya kedudukan ia dari tanah besar Turki.[4] Masukan ini antara pendorong kepada suatu krisis migrasi yang meluas serata benua Eropah.
Budaya Sunting
Pulau ini tempat lahir Psappho, seorang penyajak wanita yang dikenali atas pengarangan sajak-sajak rasa cinta kepada orang sejantinanya atau "lesbian".[5] Eresos, tempat lahir Psappho di pulau tersebut menjadi tumpuan pelancong-pelancong berkecenderungan itu atas kepentingan ini.[6]
Rujukan Sunting
- ^ "The Petrified Forest of Lesvos, A Unique Natural Monument Recording the Evolutionary Process of Life on Earth". UNESCO Global Geoparks Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2010.
- ^ "HNMS". www.hnms.gr. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-16. Dicapai pada 2011-04-03.
- ^ "MITILINI Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada January 29, 2013.
- ^ "Migrants Crisis: Refugees Attempt to Reach Greek Island of Lesbos". NBCNews.com. Dicapai pada July 2, 2019.
- ^ "lesbian". Dictionary.com Unabridged. Dicapai pada 14 Februari 2017.
- ^ Carolyn, Bain; Clark, Michael; Hannigan, Des (2004). Greece. Lonely Planet. m/s. 568–570. ISBN 1-74059-470-3.
Pautan luar Sunting
- Tapak web rasmi (dalam bahasa Greek)
- Lesvos News (dalam bahasa Greek)
- "Prefecture of Lesvos". Maps. Hellenic Ministry of Culture. Diarkibkan daripada yang asal pada April 8, 2007.
- Guide of Lesbos Island (dalam bahasa Greek, Inggeris, dan Turki)