Lesley Manville OBE (lahir 12 Mac 1956)[1] merupakan pelakon filem, teater dan televisyen Inggeris yang banyak berkolaborasi dengan pengarah Mike Leigh. Beliau pernah memenangi Pelakon Wanita British Tahunan oleh London Film Critics Circle Award pada tahun 2002 dan 2010 menerusi filem All or Nothing (2002) dan Another Year (2010). Beliau turut pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik dalam National Board of Review Award dan dicalonkan dalam Anugerah BAFTA bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Lesley Manville

Manville, 2010
Kelahiran (1956-03-12) 12 Mac 1956 (umur 68)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1972–kini
PasanganGary Oldman
(k. 1987; c. 1990)

Joe Dixon
(k. 2000–2004)
Anak-anak1

Manville turut terlibatr dalam pementasan As You Like It (1985), Les Liaisons Dangereuses (1986), His Dark Materials (2005), The Alchemist (2006), All About My Mother (2007) dan Six Degrees of Separation (2010). Pada tahun 2012, beliau dicalonkan untuk Anugerah Olivier bagi wataknya dalam pementasan Grief (2011), sebelum memenanginya pada tahun 2014 untuk watak dalam pementasan Ghosts (2013).

Beliau bertemu suami pertamanya yang juga seorang pelakon, Gary Oldman ketika bekerja di Royal Court Theater. Oldman telah meninggalkan Manville pada tahun 1989, iaitu tiga bulan selepas anak lelaki mereka, Alfie dilahirkan. Suami kedua beliau ialah Joe Dixon.[2] Pada tahun 2007, Manville tinggal bersama anaknya di East Grinstead, West Sussex.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Index entry". FreeBMD. ONS. Dicapai pada 30 May 2014.
  2. ^ Nick Curtis (2010-01-06). "Lesley Manville's six degrees of success". London Evening Standard. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2010. Dicapai pada 2010-05-20. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Naomi West (2007-08-04). "The world of Lesley Manville, actress". London: daily Telegraph. Dicapai pada 2010-05-20.

Pautan luar sunting