Pengeboman Parlimen Iraq 2007

(Dilencongkan dari Letupan di Parlimen Iraq)

Pada 12 April 2007, satu letupan terjadi di kaféteria bangunan parlimen Iraq yang terletak di kubu Zon Hijau Baghdad. Letupan itu terjadi sepuluh minit selepas sidang parlimen berehat untuk makan tengah hari, dan dianggap dilakukan oleh seorang pengebom berani mati. Seorang ahli parlimen (AP) terbunuh, manakala 23 orang lagi cedera. Kantin itu terletak di tingkat pertama Pusat Konvensyen Baghdad, yang menempatkan parlimen.[1]

Pengeboman Parlimen Iraq 2007
Pengeboman Parlimen Iraq 2007
Lokasi Parlimen Iraq, Baghdad
Sasaran Ahli politik
Tarikh 12 April 2007 (UTC+3)
Jenis serangan Pengeboman berani mati
Kematian 1 (+1 penyerang)
Cedera 23
Pelaku didakwa Mohammed al-Dayni AP Negara Islam Iraq dan Syam

Korban sunting

Laporan awal menyebut bahawa lapan orang terbunuh, termasuk tiga orang AP, dan sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan cedera. AP yang dinamakan ialah Mohammed Awad (Barisan Dialog Nasional Iraq), Taha al-Liheibi (Barisan Permuafakatan Iraq) dan seorang AP Kurdi.[1]

Pada 13 April, tentera A.S. melaporkan hanya Awad yang meninggal dunia, dan yang- lain-lain hanya cedera.[2]

Rujukan sunting