Letupan lori tangki Kivu 2010

kemalangan jalan raya, diikuti dengan letupan dan kebakaran

Letupan lori tangki Kivu 2010 berlaku pada 2 Julai 2010 di perkampungan Sange,Kivu, timur laut Republik Demokratik Congo berhampiran sempadan Congo - Burundi. Lori tangki membawa minyak petrol itu dari Tanzania. Lori tangki itu meletup selepas salah seorang penduduk merokok dan percikan api rokok mencetuskan letupan kuat ketika penduduk kampung berkerumun mencuri petrol dari kenderaan yang terbalik. Pemandu lori cuba memotong bas mini berhampiran kampung Sange, 20 batu di utara Uvira, dekat sempadan Burundi

Letupan lori tangki Kivu 2010
Map of South Kivu province in DR Congo
Tarikh2 Julai 2010 (2010-07-02)
LokasiSange village, South Kivu, Democratic Republic of Congo
Kematian230+
Kecederaan190+

Seramai 230 mati dan 198 cedera akibat tubuh badan melepuh , kulit terseliat dan menggelembung.Antaranya ialah 36 wanita dan 61 kanak-kanak. Hospital terdekat tidak mempunyai kemudahan logistik yang mencukupi.

Punca sunting

Mende Omalanga selaku Menteri Pengangkutan Congo menyatakan ramai penduduk kampung terbunuh kerana hendak mencuri minyak dari kenderaan yang terbalik itu. Salah seorang dari mereka sedang merokok dan menyebabkan lori tangki penuh dengan minyak petrol terbakar dan meletup.

Pegawai polis tempatan menyatakan pemandu lori itu memandu laju . Sementara banyak rumah di kiri kanan jalan terbuat daripada jerami, habis hangus terbakar.[1]

Mereka yang tinggal di rumah dan 'pawagam tempatan' sedang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Sukarelawan Palang Merah menyatakan 61 kanak-kanak dan wanita turut terbunuh. Ramai kanak-kanak terbunuh kerana berkerumun melihat-lihat lori tangki yang terbalik. Paip minyak dipecahkan oleh penduduk yang hendak mencuri . Misi PBB di Congo (MONUSCO) menyatakan mangsa kebakaran diangkut dengan helikopter ke dua hospital di Bukavu di utara dan Uvira di selatan. 105 orang yang cedera masih dirawat di hospital dengan pakaian masih melekit-lekit di badan. 50,000 penduduk di situ berada dalam keadaan trauma.

Jean-Claude Kibala selaku Gabenor Sud-Kivu menyatakan mangsa dikebumikan dalam dua kubur besar. Kejadian itu sungguh dahsyat kerana tubuh-tubuh hitam terbakar bergelimpangan di atas jalan raya . Sementara yang masih hidup mengerang kesakitan. Percikan api turut menyebabkan rumah-rumah yang dibuat daripada jerami turut terbakar.

Presiden Demokratik Congo, Joseph Kabila mengumumkan dua hari berkabung selepas 235 mangsa terbunuh terbakar.[2]

Kaitan sunting

Pada Oktober 1998, 1000 orang terbunuh di Jesse, Nigeria apabila paip minyak meletup setelah mereka cuba mencuri minyak. Sementara tahun 2000 dan 2006 berlaku tiga kemalangan menyebabkan hampir 600 terbunuh juga di Nigeria.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Fuel tanker blasts kills 230 in Congo; victims buried in mass graves
  2. ^ "Congo holds two days of mourning for fire death victims". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-07. Dicapai pada 2010-07-07.