Letusan bibir-gigi tak bersuara

Letusan bibir-gigi tak bersuara (IPA: [p̪͡f]) ialah sejenis konsonan jarang yang disedut seperti letupan bibir-gigi [p̪], lalu dilepaskan sebagai geseran bibir-gigi tak bersuara [f].

Konsonan letusan ini terdapat dalam bahasa Tsonga (loghat XiNkuna), misalnya: [tiɱp̪͡fuβu] "badak-badak air" dan [ɱp̪͡fʰuka] "jarak" (berhembusan) (bandingkan [ɱfutsu] "kura-kura", yang menunjukkan letupannya tiada selitan), di samping juga letusan bibir-gigi bersuara, [b̪͡v], seperti [ʃileb̪͡vu] "dagu". Loghat ini tiada geseran bibir-gigi tak bersuara [f], sebaliknya ada geseran dwibibir tak bersuara, seperti [ɸu] "selesai"; tetapi adanya kedua-dua geseran bibir bersuara [β] dan [v].

Bahasa Jerman juga ada bunyi yang serupa ini, misalnya dalam perkataan Pfeffer [ˈp͡fɛfˑɐ] "lada" atau Apfel [ˈapˑ͡fl̩] "epal". (Kepanjangan konsonan boleh diduga dari kepanjangan vokal sebelumnya dalam bahasa Jerman Baku, oleh itu ini bukan ciri-ciri fonemik; apatah lagi, /p͡f/ hanya terdapat di awal perkataan dan selepas vokal pendek.) Ini berbeza dengan letusan bibir-gigi sebenar kerana kerana bermula dengan hentian "dwibibir-gigi" (bibir atas menyentuh bibir bawah yang menyentuh gigi atas), namun bibir bawah menguncup sedikit untuk bergeser. Bunyi "letusan bibir-gigi tak bersuara palsu" sebegini juga didapati dalam bahasa Catalonia, contoh: capficar [kəp͡fiˈka] "risau akan".