Letusan gunung berapi Eyjafjallajökull 2010

Letusan gunung berapi Eyjafjallajökull 2010 adalah satu siri letusan gunung berapi bermula 20 Mac 2010 di pulau glasier Eyjafjallajökull, Iceland. Gunung berapi ini memuntahkan asap setinggi 1 km tinggi dan lava dari beberapa kawah sepanjang keretakan. Kepulan asap ini bermula 15 April menggendalakan lalu lintas udara di utara dan barat Eropah selama beberapa hari.

Kepulan asap pada 18 April 2010
Kepulan letusan dan tanda haba lahar di puncak Eyjafjallajökull dan Fimmvörduháls yang berhampiran

Iceland terletak pada garis gunung berapi antara Plat Atlantik yang relatif sering meletup. Namun begitu, penduduknya jarang-jarang dan hanya sedikit bahaya. Saintis memantau glasier Eyjafjallajökull yang aktif sejak 1821. Berlaku 21 letupan di Britain sejak 1963. Letupan pada 1973 di Kepulauan Westmann tidak menimbulkan korban.

Ahli geofizik Magnus Tumi Gudmundsson menyatakan tiada cara untuk meramalkan bila akan berlaku gunung berapi dan selama mana.

Letusan pertama sunting

Pada 21 Mac 500 penduduk di sekitar dipindahkan demi keselamatan mereka. Tidak ada kecederaan atau kerosakan hotel. Pasukan Palang Merah ditempatkan untuk membantu penduduk dan pelancong pindah. Ketua polis Kjartan Thorkelsson menyatakan pemindahan berjalan lancar. Mereka dibenarkan kembali keesokan harinya.

Penerbangan dari dan ke Britain dibatalkan kerana risiko bahawa awan abu akan mengganggu penerbangan. Pesawat dari Seattle dan Orlando Amerika Syarikat dihalakan ke Boston. 1300 pelancong terkandas di lapangan terbang di Britain.[1] Terdapat juga bahaya banjir kilat akibat pencairan glasier oleh lahar panas.

Letusan kedua sunting

Pada 14 April 2010, gunung berapi ini kembali meletus dan menyebabkan berlaku glasier. Seterusnya banjir berlaku. 800 pelancong terpaksa dipindahkan. Saiz letusan 20 kali ganda lebih besar dari sebelumnya. Ruang udara Norway diselaputi abu dan kabus pada 14-15 April 2010. Penerbangan dari United Kingdom dan Ireland dibatalkan kerana kehadiran abu gunung berapi di atas atmosfera. Abu tebal ini setinggi 17,000 meter.[2]

Berbeza dengan letusan pertama, letusan kedua ini berlaku di bawah ais glasier. Air sejuk dari ais lebur cepat menyejukkan lahar lalu menyepai-nyepainyya menjadi zarah kaca halus yang terbawa dalam kepulan letusan. Ini, bersama magnitud letusan yang dianggarkan 10–20 kali lebih besar berbanding peristiwa Fimmvörðuháls pada 20 Mac, menghasilkan kepulan berisi kaca di atmosfera atas yang amat berbahaya kepada pesawat.[3]

Pada 16 April 2010, kepulan letusan bergegar ke atas altitud 8 km, dan kerap mengalami kilat di dalamnya.[4]

Pada 17 April 2010, letusan berterusan tetapi kurang meletup, dengan kepulan yang hanya mencecah 5 kilometer (3 bt) berbanding 13 kilometer (8 bt) sebelum ini, tidak cukup untuk merentasi seluruh Eropah.[5] Ramalan 18 April pada jam 06:00 menunjukkan kepulan besar berterusan di Eropah utara.[6]

Pada April 2010, Pejabat Meteorolgi Iceland berkata bahawa ukuran radar berhamporan Keflavik masih belum mengesan apa-apa kepulan dari Eyjafjallajökull sejak jam lapan (waktu tempatan), menandakan tahapnya di bawah 10,000 kaki (3 km). Tiada laporan abu atau banjir walaupun kegiatan seismos masih berterusan.[7]

Pada 19 April 2010, Pejabat Meteorolgi Iceland memaklumkan kepulan abu mencapai ketinggian 4 km dan hingga 5–6 km di selatan tapak letusan, sambil meramal bahawa fasa penghasilan abu dari letusan sedang memberi laluan kepada fasa aliran lahar. Percikan magma ke udara (1.5–3 km) telah dikesan.[8]

Pada 20 April 2010, stesen-stesen GPS yang terletak sekitar Eyjafjallajökull oleh Institut Earth Sciences menunjukkan deflasi berkenaan letusan dan tiada pergerakan berkaitan gunung berapi Katla yang sedang diperhati.[9]

On 21 April 2010, kepulan abu mencapai 2 km di atas gunung berapi dan hingga 5 km di selatan gunung berapi. Pejabat Meteorolgi Iceland melaporkan berkurangnya kegiatan seismos, sementara laporan pihak lain membayangkan berkurangnya pengeluaran abu sambil meningkatnya pengaliran lahar. Langit selatan berhampiran pesisir Iceland bebas abu buat julung kali sejak letusan kedua.[10][11]

Pada 22 April 2010, kepulan abu mencapai ketinggian 3-4 km, kegiatan seismos di Katla berkurangan sejak tengah malam tetapi masih agak tinggi. [12][13]

Penerbangan dibatalkan sunting

 
Ruang udara ditutup terus (merah) atau separa (jingga) pada 18 April 2010. Iceland sendiri boleh dikatakan tidak terjejas

Sebanyak 60,000 penerbangan di seluruh dunia terutama Eropah dibatalkan. Penerbangan pernah dibatalkan akibat abu gunung berapi yang tinggi pada tahun 1982 (British Airway) dan 1989 (KLM 867).[14] Ia merupakan penutupan ruang udara terbesar sejak Perang Dunia II.[15]

Beribu-ribu penumpang kapal terbang terkandas dan turut menjejaskan golongan selebriti, pembuat filem, ahli muzik dan ahli sukan. Pada 18 April 2010, perjalanan udara di seluruh Eropah lumpuh buat hari keempat berturut-turut. Pakar kaji cuaca menyatakan bahawa corak angin menunjukkan kepulan debu tebal itu akan tersebar lebih jauh di atmosfera. Debu tebal itu mengandungi zarah batu halus serta kaca boleh melumpuhkan enjin dan menjejaskan kerangka pesawat. Bagaimanapun, ruang udara di Iceland sendiri cerah tanpa abu.

Syarikat penerbangan Belanda KLM melakukan penerbangan ujian terhadap pesawat Boeing 737-800 pada ketinggian biasa 10 kilometer sehingga 13 kilometer dan didapati selamat. Penerbangan Jerman, Lufthansa juga menerbangkan 10 pesawat ke Frankfurt dari Munich pada ketinggian sehingga 8 kilometer dan didapati selamat. Ketua Eksekutif KLM Peter Hartman berharap kebenaran penerbangan dapat diberikan secepat mungkin. Industri penerbangan dijangka kerugian RM700 juta (€150 juta) sehari.[16]

Pada 20-21 April, beberapa syarikat penerbangan mengesahkan yang "perkhidmatan penerbangan akan bermula kembali secara berperingkat" dan mula mengumumkan penerbangan terpilih yang dijangka dapat beroperasi.[17]

Letusan ketiga sunting

Pada 8 Mei 2010, letusan gunung berapi ini kembali menghamburkan debu dan menjejaskan lalu lintas udara benua Eropah. 17 buah lapangan terbang di Sepanyol termasuk lapangan terbang Santiago, Vigo dan Bilbao ditutup. Lapangan terbang antarabangsa Madrid dan Barcelona juga ditutup.125 pesawat pula dibatalkan penerbangan keluar dan masuk ke Portugal, Britain, Ireland serta selatan Eropah.[18]

Rujukan sunting

  1. ^ Hundreds Flee As Volcano Erupts In Iceland Sky News
  2. ^ Robert Barr (15 April 2010). "Iceland's volcanic ash halts flights in northern Europe". BBC News.[pautan mati kekal]
  3. ^ "Iceland's volcanic ash halts flights across Europe | World news | guardian.co.uk". Guardian. 2008-01-23. Dicapai pada 2010-04-18.
  4. ^ "Eyjafjallajökull: SI / USGS Weekly Volcanic Activity Reports". Program Volkanisme Global, Institusi Smithsonian. http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=vnum=1702-02=&volpage=weekly#Apr2010.
  5. ^ Robert Booth, Dan Milmo, et. al. "Volcanic ash keeps flights across Europe grounded Diarkibkan 2010-04-20 di Wayback Machine", The Guardian, 16 April 2010
  6. ^ "Volcanic Ash Advisory [pautan mati kekal]", Met Office(UK), from London, 17 April 2010 at 12:00
  7. ^ "2010 < News < About IMO < Icelandic Meteorological office". En.vedur.is. Dicapai pada 2010-04-19.
  8. ^ "2010 < News < About IMO < Icelandic Meteorological office". En.vedur.is. Dicapai pada 2010-04-21.
  9. ^ "Institute of Earth Sciences". Earthice.hi.is. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-06-22. Dicapai pada 2010-04-21.
  10. ^ "europe - Iceland volcano eruptions continue". Al Jazeera English. Dicapai pada 2010-04-21.
  11. ^ "Articles < Seismicity < Icelandic Meteorological office". En.vedur.is. Dicapai pada 2010-04-21.
  12. ^ http://en.vedur.is/earthquakes-and-volcanism/articles/nr/1884
  13. ^ http://wayback.vefsafn.is/wayback/20100410104729/hraun.vedur.is/ja/Katla2009/gosplott.html
  14. ^ Cancellations due to volcanic ash in the air Norwegian
  15. ^ "Qantas cancels flights for a third day". The Sydney Morning Herald. 18 April 2010.
  16. ^ Penerbangan ke Eropah masih lumpuh Utusan Malaysia
  17. ^ Flights resume as ash fear recedes BBC News. 21 April 2010
  18. ^ Debu gunung berapi tutup ruang udara Eropah