Lhasa apso

baka anjing dari Tibet, China

Lhasa apso[a] ialah satu baka anjing bukan sukan yang berasal dari Tibet.[3] Baka ini secara tradisional telah digunakan sebagai anjing pengawal dalaman, lain kata, sentri.

Lhasa apso
Negara asalTibet, China
Trait
Tinggi Jantan hampir-hampir 25 cm (10 in)[1]
Bulu panjang, keras
Warna hitam, merah, grizzle gelap, keemasan, kuning madu, warna-warni, perang muda, loh, asap, atau putih[1]
CatatanNaungan FCI: United Kingdom[2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Etimologi sunting

 
Kepala Lhasa apso
 
Seekor Lhasa apso muda, belum sepenuhnya berlapis bulu
 
Seekor Lhasa apso muda
 
Seekor Lhasa apso dengan lapis bulu panjang dan padat

Lhasa ialah ibu kota Tibet dan apso ialah sepatah perkataan daripada bahasa Tibet. Terdapat sesetengah perdebatan mengenai asal usul tepat bagi nama ini; sesetengah pihak mendakwa bahawa perkataan "apso" ialah bentuk bahasa Inggeris bagi perkataan bahasa Tibet untuk "janggut sejemput" ("ag-tshom", ཨག་ཚོམ་) atau mungkin "ra-pho" (ར་ཕོ་) yang bermaksud "kambing jantan".[4] Mungkin juga namanya berasal daripada kata nama majmuk yang memaksudkan "penjaga menyalak" (harfiah "ap" [ཨཔ], "menyalak" dan "so" [སོ་], "menjaga").[5][6][sumber tak boleh dipercayai]

Sejarah sunting

Lhasa apso berlapis bulu mewah ialah baka berusia ribuan tahun yang berkhidmat sebagai pengawal di istana dan di biara yang terpencil tinggi-tinggi di Himalaya Tibet.[7] Pada awal abad kedua puluh, sesetengah anjing Tibet dibawa ke United Kingdom oleh anggota tentera yang pulang dari benua kecil India. Ini merupakan jenis kacuk, serupa sama ada dengan anjing yang kemudian menjadi Lhasa apso atau anjing yang kemudian menjadi terier Tibet; anjing-anjing ini secara kolektif dikenali sebagai "Lhasa Terrier" ("terier Lhasa").[8]:294

Pasangan terier Lhasa asli Amerika merupakan hadiah daripada Thubten Gyatso, Dalai Lama ke-13 kepada C. Suydam Cutting yang tiba di Amerika Syarikat pada tahun 1933. En. Cutting telah mengembara ke Tibet dan bertemu dengan Dalai Lama.[9] Pada masa itu, hanya terdapat satu ekor Lhasa apso yang berdaftar di England.[10] American Kennel Club secara rasmi menerima baka ini pada tahun 1935 dalam Kumpulan Terier dan pada tahun 1959 memindahkan baka ini ke dalam Kumpulan Bukan Sukan.[11] Di United Kingdom, ia diletakkan dalam Kumpulan Utiliti.

Baka ini diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1960.[2]

Ciri sunting

Jantan berdiri kira-kira setinggi 25 cm (9.8 in) pada paras kelasa, betina pula lebih rendah sedikit.[1] Lapis bulu mungkin berwarna hitam, merah, grizzle gelap, keemasan, madu, berwarna-warni, pasir, berwarna loh, berwarna asap, atau putih. Lapis bulunya tebal dan berat dengan lapis bulu luar lurus keras dan lapis bulu bawah sederhana.[1] Matanya gelap dan hidungnya hitam dan telinga pula berayun-ayun. Ekornya melengkung, kadang-kadang dengan ikal di hujungnya, dan patut terangkat ke atas belakang.[1]

Ia menduduki tempat ke-68 (daripada 138) dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren kerana mempunyai kecerdasan kerja-kepatuhan sederhana.[12] Lhasa apso ialah baka berumur panjang dengan banyak anjing yang hidup dalam keadaan sihat sehingga awal usia 20-an.[13]

Kesihatan sunting

 
Seekor Lhasa apso merah

Tinjauan The Kennel Club tahun 2004 meletakkan jangka hayat median baka ini pada 14 tahun 4 bulan.[14] Data klinik veterinar United Kingdom meletakkan median pada 13.0 tahun.[15]

Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[16]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: لاسا اڤسو; /ˈlɑːsə ˈæps/

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "FCI-Standard N° 227 LHASA APSO" [Piawaian FCI No. 227 Lhasa Apso] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 24 Jun 2015. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  2. ^ a b "FCI breeds nomenclature: Lhasa Apso". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Januari 2024.
  3. ^ Definition of Lhasa apso (Inggeris), EtymologyOnline.com
  4. ^ Wehrmann, Stephen (2002). Lhasa Apsos: Everything about Purchase, Care, Nutrition, Behavior, and Training (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. ISBN 0-7641-1958-3.
  5. ^ Definition of "ab-pa" (Inggeris), Rangjung Yeshe Tibetan Dictionary
  6. ^ Definition of "so-ba" (Inggeris), Rangjung Yeshe Tibetan Dictionary Diarkibkan 1 Januari 2020 di Wayback Machine
  7. ^ "Lhasa Apso Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2024.
  8. ^ Anne Rogers Clark, Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 0876056249.
  9. ^ Wehrmann, Stephen (2002). Lhasa Apsos (dalam bahasa Inggeris). Barrons Educational Service Publisher. ISBN 0-7641-1958-3.
  10. ^ Aldige, Leslie (22 Julai 1968), "Dog of the Year", New York (dalam bahasa Inggeris), m/s. 32–34
  11. ^ "Lhasa Apso History" (Inggeris), American Kennel Club
  12. ^ "Dog intelligence rankings". 6abc.com (dalam bahasa Inggeris). WPVI-TV. 12 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Disember 2010. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  13. ^ "Border Collie, Chinese Crested, English Mastiff, Italian Greyhound, Lhasa Apso". Dogs 101. Musim 2. Episod 5 (dalam bahasa Inggeris). 31 Oktober 2009. Peritiwa berlaku pada 3:01. Animal Planet. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  14. ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  15. ^ O’Neill, D. G.; Church, D. B.; McGreevy, P. D.; Thomson, P. C.; Brodbelt, D. C. (2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" (PDF). The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. PMID 24206631.
  16. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 978-0-8138-1596-1.