Li (unit)
Li (Cina: 里, lǐ, atau 市里 , shìlǐ ) adalah unit jarak tradisional Cina. Ia mula dikembangkan Maharaja Kuning sekitar 2600 SM sebelum ditetapkan Maharaja Yu dari Dinasti Xia enam kurun kemudin.
Ukuran ini pada asalnya merujuk kepada jarak lebar sesebuah kampung, sepertimana yang diwakili aksaranya (menggabungkan 田 tián "sawah" dan 土, tǔ "tanah" - yakni "tanah sawah"); namun ia lama kelamaan berubah mempunyai ukuran tersendiri kira-kira sepertiga batu Inggeris yang boleh dibahagikan kepada 1,500 chi.
Unit li moden sekarang mempunyai panjang standard setengah kilometer (500 meter atau 1,640 kaki); malah nama kilometer dalam bahasa Mandarin (公里 , gongli, "li umum") disadur berdasarkan pemodenan ukuran ini semasa zaman Chiang Kai-shek.
Zaman | Tempoh | Panjang mengikut ukuran SI |
---|---|---|
Dinasti Xia | 2100–1600 SM | 405 m |
Zhou Barat | 1045–771 SM | 358 m |
Zhou Timur | 770-250 SM | 416 m |
Dinasti Qin | 221–206 SM | 415.8 m |
Dinasti Han | 205 SM - 220 CE | 415.8 m |
Dinasti Tang | 618–907 Masihi | 323 m |
Dinasti Qing | 1644–1911 Masihi | 537-645 m |
Pemerintahan Kuomintang di China dan kemudiannya Taiwan | 1911–1984 | 500–545 m |
Pemerintahan Komunis di Tanah Besar | 1984 – sekarang | 500 m |
Rujukan
sunting- Homer H. Dubs (1938): The History of the Former Han Dynasty by Pan Ku. Vol. One. Translator and editor: Homer H. Dubs. Baltimore. Waverly Press, Inc.
- Homer H. Dubs (1955): The History of the Former Han Dynasty by Pan Ku. Vol. Three. Translator and editor: Homer H. Dubs. Ithaca, New York. Spoken Languages Services, Inc.
- Hulsewé, A. F. P. (1961). "Han measures". A. F. P. Hulsewé, T'oung pao Archives, Vol. XLIX, Livre 3, pp. 206–207.
- Needham, Joseph. (1986). Science and Civilization in China: Volume 4, Physics and Physical Technology, Part 3, Civil Engineering and Nautics. Taipei: Caves Books Ltd.