Li Chun (Jepun: リー・チュン, Hepburn: Li Chun) atau Jun Jun (ジュンジュン) merupakan bekas anggota kumpulan J-pop, Morning Musume dan Hello! Project. Dia telah graduasi dari Morning Musume untuk meneruskan karier nyanyiannya di China bersama rakan persejuangannya, Lin Lin.

Li Chun
李純, リー・チュン
Jun Jun, 3 Julai 2010
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Jun Jun
Berasal dariRepublik Rakyat China Hunan, Hunan, China
GenreJ-pop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2007–kini
Syarikat rakaman
Zetima
Pengkarya berkait
Morning Musume
Laman sesawang
Hello! Project.com

Biodata sunting

  • Nama: Li Chun (李純, リー・チュン)
  • Panggilan: Jun Jun (ジュンジュン)
  • Tarikh Lahir: 11-02-1988
  • Tempat Lahir: Wilayah Hunan, China
  • Ketinggian: 168cm
  • Hobi/Kegemaran: Menyanyi, berlakon, menari
  • Makanan Kegemaran: Makanan yang pedas-pedas, terutamanya kari
  • Warna Kegemaran: Putih, merah jambu, hitam, merah
  • Bahasa Asing: Bahasa Inggeris (Peringkat Permulaan)
  • Artis Pujaan: Wayne Lin Jun Jue, Cyndi Wang
  • Kumpulan Hello! Project:

Kerjaya sunting

Dalam tahun 2006, Li Chun menyertai Super Girl Contest, dan mencapai ke tangga 50 teratas untuk kawasan Changsha tetapi gagal. Dia dan peserta lain yang gagal telah dihubungi oleh Tsunku untuk menyertai ujibakat Morning Musume yang diadakan di Beijing, China. Pada 15 Mac 2007, Li Chun dan Qian Lin diumumkan sebagai anggota baru generasi kelapan Morning Musume.

Pada 8 Ogos 2010, Tsunku telah mengumumkan di blognya Junjun, Linlin, dan Kamei Eri akan graduasi dari Morning Musume. Pada 15 Disember 2010, Jun Jun, bersama Lin Lin dan Kamei Eri,telah graduasi dari Morning Musume dan Hello! Project di konsert terakhir Rival Survival. Konsert itu telah diadakan di Yokohama Arena, secara lansung dalam 3D.

Penglibatan sunting

TV sunting

  • [2007] Hello! Morning (ハロー! モーニング)
  • [2007–2008] ハロモニ@ (Haromoni@)
  • [2008] Berikyuu! (ベリキュー!)
  • [2008–2009] Yorosen! (よろセン!)

Drama sunting

  • [2010-01-15] Hanbun Esper (半分エスパー)

Drama Internet sunting

  • [01-05-2010] Dreaming Places Makes Us Dream

Teater sunting

  • [2008] Cinderella the Musical (シンデレラ the ミュージカル)
  • [2010] FASHIONABLE

Pautan luar sunting