Li Keqiang
Li Keqiang (pinyin: Lĭ Kèqiáng; sebutan [lì kʰɤ̂tɕʰjɑ̌ŋ]; lahir 1 Julai 1955; umur 67 tahun), merupakan seorang ahli politik China. Sejak Mac 2013 beliau menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat China. Kongres ke-12 Rakyat Kebangsaan China menetapkan Li Keqiang sebagai Perdana Menteri China yang baharu menggantikan Wen Jiabao dalam tempoh masa lima tahun akan datang, melalui pemungutan suara.[1] Beliau juga merupakan anggota berpangkat kedua dalam Jawatankuasa Tetap Politburo PKC, badan membuat keputusan tertinggi de facto negara itu. Antara 2008 dan 2013 Li berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri Eksekutif bagi Wen Jiabao. Portfolio rasmi Li ketika itu termasuklah pembangunan ekonomi, kawalan harga, kewangan, perubahan iklim, dan pengurusan makroekonomi.[2]
Li Keqiang | |
---|---|
李克强 | |
![]() Li pada 2019 | |
Perdana Menteri Republik Rakyat China | |
Memegang jawatan 15 Mac 2013 | |
Presiden | Xi Jinping |
Vice Premier | Zhang Gaoli |
Didahului oleh | Wen Jiabao |
Naib Perdana Menteri Republik Rakyat China | |
Dalam jawatan 17 Mac 2008 – 15 Mac 2013 | |
Premier | Wen Jiabao |
Didahului oleh | Wu Yi (memangku) |
Digantikan oleh | Zhang Gaoli |
Anggota pangkat ke-2 Jawatankuasa Tetap Politburo PKC | |
Memegang jawatan 15 November 2012 | |
Setiausaha Agung | Xi Jinping |
Didahului oleh | Wu Bangguo |
Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Liaoning | |
Dalam jawatan Disember 2004 – Oktober 2007 | |
Timbalan | Zhang Wenyue |
Didahului oleh | Wen Shizhen |
Digantikan oleh | Zhang Wenyue |
Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Henan | |
Dalam jawatan Disember 2002 – Disember 2004 | |
Timbalan | Li Chengyu |
Didahului oleh | Chen Kuiyuan |
Digantikan oleh | Xu Guangchun |
Setiausaha Pertama Liga Belia Komunis China | |
Dalam jawatan Mei 1993 – Jun 1998 | |
Didahului oleh | Song Defu |
Digantikan oleh | Zhou Qiang |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kaunti Dingyuan, Anhui | 1 Julai 1955
Parti politik | Parti Komunis |
Pasangan | Cheng Hong |
Alma mater | Universiti Peking |
Li Keqiang
| |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Cina Tradisional: | 李克強 | ||||||||||
Cina Ringkas: | 李克强 | ||||||||||
|
Perlantikan Li Keqiang sebagai Perdana Menteri pada 15 Mac 2013 menyusul selepas pemilihan Xi Jinping sebagai Presiden sehari sebelumnya.[3]
KerjayaSunting
Li Keqiang lahir di Anhui pada 1 Julai 1955 itu menjalankan kerjaya politiknya lebih banyak di bidang pendidikan, dan kepemudaan sehingga tahun 1998. Li Keqiang sebelumnya menjawat sebagai wakil perdana menteri China. Lahir di Dingyuan, Wilayah Anhui, dia memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1974 dan bergabung di Parti Komunis China pada Mei 1976.[4]
Li Keqiang yang berlatar pendidikan ekonomi mulai berkerjaya sebagai setiausaha parti pada tahun 1998 di Parti Komunis China Wilayah Henan dan pada 2002-2003 dia dipercayai sebagai setiausaha pada parti di wilayah yang sama.
Kerjaya politiknya terus meningkat sejak tahun 2008 bermula dari anggota Politburo, suruhanjaya pusat Parti Komunis China, sehingga timbalan Perdana Menteri.
Li Keqiang yang juga memangku jawatan nombor dua dalam Parti Komunis China mengambil alih dari Perdana Menteri Wen Jiabao. Li Keqiang dipilih untuk masa jawatan selama 5 tahun, namun sebagaimana halnya dengan Wen Jiabao, ia dikatakan akan memangku tugas itu selama dua masa jawatan - iaitu 10 tahun.[5]
Li telah menggesa usaha untuk mencegah dan mengawal wabak koronavirus baru yang melanda negara China.[6] Sejak Januari 2020, beliau bertanggungjawab terhadap pencegahan dan kawalan wabak tersebut.[7] Pada 27 Januari, Perdana Menteri Li Keqiang melawat Wuhan untuk mengarahkan kerja pencegahan wabak.[8]
RujukanSunting
- ^ "Li Keqiang Perdana Menteri China". 16 Mac 2013.
- ^ Mingxin (15 November 2012). "China's new top Party leaders make debut". China.org.cn. Dicapai pada 22 November 2012.
- ^ "Li Keqiang Perdana Menteri China Baru". TV3. 15 Mac 2013. Dicapai pada 17 Mac 2013.
- ^ "Li Keqiang Perdana Menteri China Baru". 16 Mac 2013.
- ^ "Parlemen China Pilih Li Keqiang sebagai Perdana Menteri". 16 Mac 2013.
- ^ "Chinese premier stresses curbing viral pneumonia epidemic". China Daily. Beijing: Xinhua News Agency. 21 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2020. Dicapai pada 22 Januari 2020.
- ^ "China to extend Spring Festival holiday to contain coronavirus outbreak". Xinhua News Agency (dalam bahasa Inggeris). Beijing. 26 Januari 2020.
- ^ "Chinese Premier Li visits Wuhan, epicenter of virus outbreak". Reuters. Beijing. 27 Januari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2020. Dicapai pada 27 Januari 2020.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Li Keqiang. |