Li Peng (20 Oktober 1928 – 22 Julai 2019) atau lebih dikenali sebagai ‘Penyembelih Beijing’ susulan peranannya dalam insiden kekejaman di Dataran Tiananmen, adalah Perdana Menteri Republik Rakyat China (1987-1998), dan Ketua Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (1998-2003). Pada 1990-an Li menduduki tingkat kedua dalam Parti Komunis China.

Li Peng
李鹏
Perdana Menteri Republik Rakyat China ke-4
Dalam jawatan
April 1988 – Mac 1998
PresidenYang Shangkun
Jiang Zemin
TimbalanYao Yilin
Zhu Rongji
Didahului olehZhao Ziyang
Digantikan olehZhu Rongji
Pengerusi JK Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-7
Dalam jawatan
15 Mac 1998 – 15 Mac 2003
Didahului olehQiao Shi
Digantikan olehWu Bangguo
Butiran peribadi
Lahir(1928-10-20)20 Oktober 1928
Chengdu, Szechwan, Republik China
Meninggal dunia22 July 2019 (aged 90)
KerakyatanChina
Parti politikParti Komunis China
PasanganZhu Lin
Anak-anakLi Xiaopeng
Li Xiaolin
Li Xiaoyong
Alma materInstitut Kejuruteraan Kuasa Moscow
ProfesionAhli politik
jurutera awam

Li dianggap sebagai arkitek utama tindakan kejam terhadap demonstrasi pro demokrasi besar-besaran di Beijing pada 4 Jun 1989, yang mendapat perhatian dan kritikan masyarakat dunia. Kontroversi muncul selepas projek Empangan Tiga Gaung.

Politik sunting

Beliau menjadi wakil menteri industri (1979) dan kemudian menteri 1981. Antara 1979 -1983, dia menjadi Menteri Perindustrian.

Mendiang mengumumkan undang-undang tentera pada 20 Mei 1989, selepas ribuan pelajar, pekerja dan penduduk China berkhemah selama beberapa minggu di Dataran Tiananmen bagi mendesak perubahan politik. Dua minggu kemudian, pada 3 Jun hingga 4 Jun 1989, pihak tentera menamatkan demonstrasi dalam satu peristiwa berdarah, termasuk membunuh ratusan orang awam. Malah, ada yang menganggarkan lebih 1,000 penunjuk perasaan maut dalam kejadian itu.

Rujukan sunting