Liassine Cadamuro-Bentaïba

Liassine Cadamuro-Bentaïba (lahir 5 Mac 1988) merupakan pemain bola sepak Algeria yang bermain untuk CA Osasuna secara pinjaman dari Real Sociedad dan pasukan kebangsaan Algeria.

Liassine Cadamuro-Bentaïba
Maklumat peribadi
Nama penuh Liassine Cadamuro-Bentaïba
Tarikh lahir (1988-03-05) 5 Mac 1988 (umur 36)
Tempat lahir Toulouse, Perancis
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Osasuna (pinjam dari Real Sociedad)
Nombor 3
Kerjaya remaja
2003–2008 Sochaux
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2011 Real Sociedad B 80 (3)
2011– Real Sociedad 27 (0)
2014Mallorca (pinjam) 8 (0)
2014–2015Osasuna (pinjam) 14 (0)
Pasukan kebangsaan
2012– Algeria 9 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15 Februari 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Januari 2015

Kehidupan awal sunting

Cadamuro dilahirkan di Toulouse, Perancis. Ayahnya berbangsa Itali manakala ibunya berbangsa Algeria.[1]

Karier kelab sunting

 
Cadamuro bermain untuk Real Sociedad B pada tahun 2013

Ketika berumur 15 tahun, Cadamuro menyertai pasukan belia FC Sochaux-Montbéliard dan mewakili pasukan simpanan kelab itu selama tiga musim. Pada musim panas tahun 2008, dia berpindah ke Sepanyol untuk menyertai Real Sociedad.

Cadamuro bermain selama tiga untuk untuk pasukan B, dua tahun di divisyen ketiga dan satu tahun di divisyen keempat. Dia dinaikkan ke skuad utama untuk musim 2011-2012, susulan ketibaan Philippe Montanier sebagai pengurus pasukan. Pada 10 September 2011, dia membuat penampilan sulung La Liga, menggantikan Xabier Prieto pada minit ke-70 ketika seri 2–2 di tempat sendiri menentang FC Barcelona.[2]

Cadamuro menghabiskan musim pertamanya bersama pasukan utama Real dengan membuat 19 penampilan liga, membantu kelabnya menduduki tempat ke-12. Pada 2 Januari 2013, dia menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama kelab itu, melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2016.[3]

Pada 8 Januari 2014, Cadamuro menyertai kelab Segunda División, RCD Mallorca secara pinjaman sehingga bulan Jun.[4] Pada 31 Ogos, dia menyertai CA Osasuna secara pinjaman.[5]

Karier antarabangsa sunting

Pada 10 Februari 2012, laman web Real Sociedad mengumumkan bahawa Cadamuro telah dipanggil oleh Halilhodžić untuk pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2013 menentang Gambia.[6] Dia membuat penampilan sulungnya ketika kemenangan 2–1 ke atas Gambia.[7]

Cadamuro dipilih ke dalam skuad 23 pemain Piala Dunia FIFA 2014,[8] sebagai pemain simpanan. Pada 26 Jun, walaupun berada di bangku simpanan, dia diberi kad kuning ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Rusia.[9]

Cadamuro menjaringkan gol pertamanya pada 11 Januari 2015 ketika seri 1-1 dalam perlawanan persahatan menentang Tunisia.[10]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 11 Januari 2015 Stade Olympique de Radès, Radès   Tunisia 1–0 1–1 Persahabatan

Statistik sunting

Kelab sunting

Sehingga 21 Disember 2014[11]
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Real Sociedad 2011–12 19 0 2 0 21 0
2012–13 4 0 0 0 4 0
2013–14 4 0 2 0 2 0 8 0
Mallorca 2013–14 8 0 0 0 8 0
Osasuna 2014–15 12 0 1 0 13 0
Jumlah 47 0 5 0 2 0 54 0
Jumlah karier 47 0 5 0 2 0 54 0

Antarabangsa sunting

Sehingga 11 Januari 2015[12]
Negara Musim Kompetitif Persahabatan Jumlah Ref
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Algeria 2012 3 0 0 0 3 0
2013 1 0 1 0 2 0
2014 1 0 2 0 3 0
2015 0 0 1 1 1 1
Jumlah 5 0 4 1 9 1

Rujukan sunting

  1. ^ Exclusif: Liassine Cadamuro-Bentaïba: «L’Algérie, je dis oui, bien sûr!» (Exclusive: Liassine Cadamuro-Bentaïba: «Algeria, i say yes, of course!») Diarkibkan 2012-01-16 di Wayback Machine; Le Buteur, 1 September 2011 (Perancis)
  2. ^ Sociedad peg Barca back Diarkibkan 2012-11-02 di Wayback Machine; ESPN Soccernet, 10 September 2011
  3. ^ Walid Z. (2 January 2013). "Cadamuro-Bentaïba prolonge avec la Real Sociedad" (dalam bahasa French). DZFoot. Dicapai pada 2 January 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Cadamuro se marcha cedido al Mallorca (Cadamuro goes on loan to Mallorca); Marca, 8 January 2014 (Sepanyol)
  5. ^ Cadamuro jugará cedido en Osasuna (Cadamuro will play on loan at Osasuna) Diarkibkan 2016-12-20 di Wayback Machine; Osasuna's official website, 31 August 2014 (Sepanyol)
  6. ^ Cadamuro Bentaïba convoqué face à la Gambie (Cadamuro Bentaïba selected to face Gambia); DZFoot, 10 February 2012 (Perancis)
  7. ^ Gambie – Algérie: La feuille de match officielle (Gambia – Algeria: Official match report); DZFoot, 29 February 2012 (Perancis)
  8. ^ "Algeria World Cup 2014 squad". The Daily Telegraph. 2 June 2014. Dicapai pada 27 June 2014.
  9. ^ "Algeria book Germany date, eliminate Russia". FIFA.com. 26 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-18. Dicapai pada 27 June 2014.
  10. ^ "Ivory Coast beat Nigeria, Tunisia hold Algeria". FourFourTwo. 11 January 2015. Dicapai pada 11 January 2015.
  11. ^ "L. Cadamuro". Soccerway. Dicapai pada 19 January 2015.
  12. ^ (Inggeris) Profil Liassine Cadamuro-Bentaïba di National-Football-Teams.com

Pautan luar sunting