Liem Koen Hian
Liem Koen Hian (1897 - 5 November 1952) ialah seorang wartawan dan pejuang kemerdekaan Indonesia.
Kehidupan awal
suntingDilahirkan kepada sebuah keluarga pedagang kecil Tionghoa di Banjarmasin, Liem menempuh pendidikannya di H.C.S. yang terletak di tempat asalnya, akan tetapi hanya dapat belajar enam daripada tujuh tahun di sekolah tersebut, akibat dibuang sekolah kerana menyertai pemberontakan terhadap penjajah Belanda. Beliau kemudian bekerja sebagai pegawai rendah di sebuah syarikat swasta. Namun minatnya terhadap kewartawanan menyebabkannya kemudian bertugas dengan sebuah akhbar di kotanya, dengan nama-nama akhbar S.K Penimbang, S.K Pengharapan, dan Borneo Post di Balikpapan dicadangkan. Bagaimanapun, kesemua ini tidak dapat dibuktikan.
Kerjaya
suntingSebagai wartawan
suntingPada tahun 1915, Liem berpindah ke Surabaya dan bekerja dengan akhbar Tjhoen Tjhioe. Beliau memulakan majalah Soe Liem Poo pada tahun 1917, namun penerbitan itu tidak bertahan lama dan Liem kemudian berpindah ke Aceh untuk berdagang. Pada akhir tahun 1918, Liem berpindah sekali lagi ke Kota Padang dan menjadi ketua editor untuk Sinar Soematra (Sinar Sumatera) sehingga tahun 1921 ketika beliau diminta oleh Teh Kian Sing untuk menjadi ketua editor kepada Pewarta Soerabaïa (Berita Surabaya). Beliau meletakkan jawatannya daripada akhbar tersebut pada tahun 1925, dan menerbitkan akhbar Soeara Poeblik (Suara Publik) pada 1 April 1925 di Surabaya sehingga tahun 1929.
Saat Liem yang paling penting adalah ketika beliau mengubah Sin Jit Po menjadi Sin Tit Po pada 19 Disember 1929. Pada masa inilah, Liem mula mengembangkan visinya tentang Indische Burgerschap jang moesti mendjadi Indonesierschap, iaitu perjuangan kerakyatan bagi para orang Cina perantauan di Lam Yang (Indonesia).
Terjun ke bidang politik
suntingDengan visi terhadap kewarganegaraan Indonesia itu, Liem kemudian mengasaskan Parti Tionghoa Indonesia yang mendukung gerakan dan perjuangan kemerdekaan Indonesia. Di samping itu, beliau tetap bekerja sebagai seorang wartawan dan menyunting untuk akhbar Sin Tit Po (Disember 1929-1932). Pada tahun-tahun 1933-1935. beliau dikatakan berpindah ke Jakarta dan menyertai "Rechts Hoogereschool" (Sekolah Tinggi Undang-undang), walaupun kenyataan ini tidak pernah dibuktikan. Beliau menyertai Kong Hoa Po sebentar antara April 1937 dan November 1938, lalu kembali lagi ke "Sin Tit Po" pada awal tahun 1939.
Pada akhir dekad 1930-an, Liem mula aktif melakukan propaganda anti Jepun dan kemudian ditahan selama tempoh pendudukan Jepun. Namun beliau akhirnya dibebaskan, berkat Ny Honda, sahabat yang dikenalnya semasa di Surabaya).
Pada tahun 1945 ketika pemerintah Jepun membentuk Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno dan Mohammad Hatta, Liem dilantik sebagai salah satu anggotanya dan beliau ikut serta sebagai salah seorang anggota perwakilan Republik Indonesia dalam Perundingan Renville pada tahun 1947.
Pada tahun 1951, Liem ditangkap dan ditahan oleh pemerintah Soekiman selama beberapa waktu atas tuduhan menjadi pesimpati sayap kiri. Kejadian ini sangat mengecewakan Liem dan dengan perkembangan dan perubahan di Republik Rakyat China, beliau memutuskan untuk melepaskan kewarganegaraan Indonesianya.
Liem meninggal dunia pada tahun 1952 di Medan sebagai orang asing di negara yang pernah diperjuangkannya.
Rujukan
sunting- Tionghoa dalam Pusaran Politik oleh Benny G. Setiono, m.s. 448.
Pautan luar
suntingWikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |