Liga Pertahanan Inggeris

Liga Pertahanan Inggeris atau 'English Defence League'(EDL) merupakan gerakan menentang sebarang penyebaran Islam , undang-undang Syariah dan pelampau Islam di England .Mereka menyuarakan melalui perarakan di jalan raya bagu memprotes terhadap pelampau Islam.

Pembentukan sunting

EDL ini berasal dari kumpulan "United Peoples Luton " sebagai tindak balas kepada protes 2009 Mac terhadap Rejimen tentera Royal Anglian yang pulang dari Perang Afghanistan dianjurkan oleh kumpulan Islam Al-Muhajiroun dan ahli kumpulan Ahlus Sunnah wal Jamaah .

Jumlah keahlian EDL tidak jelas. Pada bulan Oktober 2009, EDL mendakwa mempunyai "beribu-ribu" ahli-ahli dalam sejumlah cawangan. Jurucakap organisasi Trevor Kelway menjelaskan bahawa kira-kira 300 penyokong aktif menghadiri demonstrasi dengan sokongan kuat dari Cardiff , Swansea , Luton dan Portsmouth .Penganalisis lain mendakwa mempunyai 300 hingga 500 penyokong aktif dan boleh digerakkan bila-bila masa.Polis menganggarkan 1,500 hingga 2,000 penunjuk perasaan EDL berarak di Newcastle upon Tyne pada Mei 2010.EDL bergabung dengan Yahudi dan kumpulan gay.


Liga Pertahanan Scotland adalah organisasi cabang dan mengadakan demonstrasi di Glasgow. Liga Pertahanan Welsh berperanan di Cardiff , Newport dan Swansea .Yaxley Lennon telah mengeluarkan kenyataan anti-Nazi turut serta bendera Nazi di sebuah gudang di Luton.

Rujukan sunting