Liga Super Malaysia 2005

Liga Super Malaysia 2005 merupakan edisi yang kedua Liga Super Malaysia, liga profesional bola sepak di Malaysia diperkenalkan pada musim lepas. Edisi kali ini telah disertai sebanyak enam pasukan yang kekal di Liga Super serta dua pasukan dari Liga Premier 2004 dipromosikan ke Liga Super iaitu MPPJ dan TM Melaka menggantikan pasukan yang disingkirkan ke Liga Premier 2005 iaitu Sarawak dan Kedah. Sepak mula ialah pada 29 Januari 2005 sehingga 9 Julai 2005. Pahang ialah juara bertahan pada edisi sulung Liga Super dan secara keseluruhan sebanyak lima kejuaraan dalam liga tertinggi di Malaysia.

Liga Super Malaysia
Musim2005
JuaraPerlis
DisingkirkanPublic Bank
Sabah
Piala AFCPerlis (peringkat kumpulan)
Jumlah perlawanan84
Jumlah gol239 (2.85 per perlawanan)
Penjaring gol terbanyak18 gol
Julio Cesar Rodriguez
Zacharia Simukonda
2004

Perlis telah berjaya menjuarai Liga Super dan menjulang kejuaraan sulung liga tertinggi di Malaysia secara automatik melayakkan diri ke Piala AFC bersama Selangor dari Liga Premier setelah berjaya menjuarai Piala FA.

RingkasanSunting

Penjaring terbanyak musim ini dimenangi oleh pemain Perlis, Zacharia Simukonda dan pemain Sabah, Julio Cesar dengan kedua-duanya menjaringkan 18 gol. Gol tertinggi yang dijaringkan untuk satu perlawanan ialah 6 gol. Empat perlawanan telah berakhir dengan keputusan 6 gol.

Kemelut telah mencemari penghujung musim setelah Public Bank mengumumkan mereka akan menarik diri, setelah diturunkan ke Liga Perdana musim depan. Kelab ini telah diharamkan dari menyertai semua kejohanan anjuran FAM. [1] [2]

Carta ligaSunting

Ked Pasukan P M S K JG GB PG Mt Kelayakan atau Penyingkiran
1 Perlis (J) 21 14 3 4 43 19 +24 45 Layak ke peringkat kumpulan Piala AFC
2 Pahang 21 10 5 6 37 29 +8 35
3 Perak 21 9 3 9 33 25 +8 30
4 TM Melaka 21 7 7 7 23 28 −5 28
5 MPPJ 21 8 3 10 29 38 −9 27
6 Penang 21 8 1 12 27 31 −4 25
7 Public Bank (R) 21 7 4 10 22 30 −8 25 Disingkirkan ke Liga Premier
8 Sabah (R) 21 6 4 11 25 39 −14 22
Sumber: RSSSF
Peraturan untuk klasifikasi: 1) Mata; 2) Perbezaan gol; 3) Bilangan gol dijaringkan.
(J) Juara; (R) Dipindahkan.

KeputusanSunting

Pusingan 1–14Sunting

Home \ Away MPP PAH PEN PRK PER PBK SAB TMM
MPPJ 1–2 2–1 3–1 2–3 2–4 2–1 0–0
Pahang 3–2 4–1 4–1 0–1 1–2 3–3 3–0
Penang 2–3 3–2 2–1 1–2 3–1 3–0 0–1
Perak 2–1 0–0 0–1 1–2 1–0 2–0 0–0
Perlis 2–0 5–1 2–0 2–2 0–1 5–0 1–2
Public Bank 1–0 0–1 1–1 2–1 0–2 1–3 1–2
Sabah 1–1 0–2 0–4 1–0 2–0 2–1 1–1
TM Melaka 0–0 1–1 0–1 3–0 0–0 1–2 3–3
Sumber: RSSSF

Pusingan 15–21Sunting

Home \ Away MPP PAH PEN PRK PER PBK SAB TMM
MPPJ 1–1 1–5 2–1
Pahang 2–1 1–0 0–0 3–2
Penang 1–3 0–3 1–0 0–1
Perak 3–1 3–0 3–1
Perlis 4–0 2–1 1–0 4–0
Public Bank 0–4 3–3 1–0
Sabah 0–1 2–1 0–1 4–1
TM Melaka 3–1 3–2 0–0
Sumber: RSSSF

StatistikSunting

Penjaring terbanyakSunting

Ked. Pemain Pasukan Gol
1   Júlio César Sabah 18
  Zachariah Simukonda Perlis
3   Bernard Tchoutang Pahang 12
4   Newton Katanha MPPJ 11
  José Barreto Penang
  Indra Putra Mahayuddin Pahang
  Mandjou Keita Perak
8   Frank Seator Perak 10
9   Vyacheslav Melnikov Penang 8
10   Fabricio Franceschi MPPJ 6
  Fadzli Saari Pahang

RujukanSunting