Dalam bidang anatomi, ligamen merupakan tisu berserat yang menyambungkan sesama tulang dan juga dikenali sebagai ligamen persendian, larua persendian,[1] ligamen berserat, atau ligamen sejati. FUNGSI:- -ligamen ialah gentian tisu penghubung yang liat , kuat dan kenyal. -ligamen adalah elastik dan menghubungkan tulang dengan tulang pada sendi supaya tidak mudah tergeliat. -Sifat elastik ligamen membenarkan tulang dibengkokkan pada sendi. -Ligamen juga memberi sokongan dan kekuatan kepada sendi.

Ligamen
Diagram lutut kanan.
Typical joint
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinLigamentum (jamak: Ligamenta)
MeSHD008022
TAA03.0.00.034
FMAFMA:30319
Terminologi anatomi

Ligamen juga bermaksud:

  • Ligamen peritoneum: lipatan peritoneum atau membran lain.
  • Ligamen reja janin: reja struktur tubul dari peringkat hidup janin.
  • Ligamen periodontal: serumpun serat yang melekapkan simentum gigi kepada tulang gusi.

Kajian ligamen dikenali sebagai "desmologi" (dari Yunani δεσμός, desmos, "ikatan"; dan -λογία, -logia).

Ligamen serupa dengan tendon dan fasia kerana kesemuanya diperbuat daripada kolagen, kecuali yang mana ligamen menyambungkan tulang dengan tulang, tendon adalah otot dengan tulang dan fasia pula otot dengan otot. Kesemua ini terdapat dalam sistem rangka batan.

Rujukan sunting