Lim Hui Ying

ahli politik Malaysia

Lim Hui Ying (Cina: 林慧英) merupakan ahli politik Malaysia daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti komponen Pakatan Harapan (PH). Beliau merupakan bekas wakil Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dalam Dewan Negara Malaysia pada 2018 hingga 2022.[1] Kini, beliau merupakan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia di bawah pentadbiran Fadhlina Sidek dalam Kabinet Anwar Ibrahim sejak Disember 2022, serta menjadi wakil rakyat bagi kawasan Tanjong. Dalam peringkat parti, beliau merupakan Setiausaha Negeri DAP Pulau Pinang.[2][3]

YB Puan

Lim Hui Ying

AP
Timbalan Menteri Pendidikan
Memegang jawatan
10 Disember 2022
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriFadhlina Sidek
Didahului olehMah Hang Soon
Mohamad Alamin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tanjong, Pulau Pinang
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehChow Kon Yeow
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
1 September 2021 – 5 November 2022
Berkhidmat dengan Fadhlina Sidek
Dalam jawatan
27 Ogos 2018 – 26 Ogos 2021
Berkhidmat dengan
Mohd Yusmadi Mohd Yusoff
Butiran peribadi
LahirLim Hui Ying
1963
Singapura
Parti politik DAP
BapaTan Sri Lim Kit Siang
HubunganLim Guan Eng (abang)
PekerjaanAhli politik

Kerjaya politik sunting

Beliau telah dilantik bagi penggal pertama sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia pada 27 Ogos 2018 lalu.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Lim merupakan anak kepada veteran DAP, Lim Kit Siang, dan seterusnya, adik-beradik dengan seorang lagi pembesar DAP, Lim Guan Eng.

Rujukan sunting

  1. ^ Profil Ahli Dewan Negara
  2. ^ "LIM HUI YING". Sinar Harian. Dicapai pada 11 December 2022.
  3. ^ "First time in history women helming Education Ministry". New Straits Times. 9 December 2022. Dicapai pada 11 December 2022.
  4. ^ Yusmadi, Hui Ying Senator dari Pulau Pinang