Nama Bahasa CinaTulisan Cina Tradisional林國泰Tulisan Cina Ringkas林国泰Hanyu PinyinLín GuótàiPOJ Bahasa HokkienLîm Kok-Thài Tan Sri Dato' Seri Lim Kok Thay (林国泰; lahir 16 Ogos 1951) ialah seorang ahli perniagaan dan jutawan Cina Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi Kumpulan Genting, sebuah konglomerat kasino, pusat peranginan dan minyak sawit dengan permodalan pasaran hampir AS$40 bilion, dan anak kedua mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas syarikat itu. Beliau mempunyai nilai bersih AS$ 4.5 bilion, dan merupakan orang terkaya Malaysia yang keenam.

Lim Kok Thay
Kelahiran (1951-08-16) 16 Ogos 1951 (umur 73)
Pusat pendidikanUniversiti London
PekerjaanAhli perniagaan
Nilai bersihAS$ 4.5 bilion (November 2017)[1]
PangkatPengerusi, Kumpulan Genting dan Star Cruises
PasanganCecilia Lim
Anak-anak3
Ibu bapaLim Goh Tong
Lee Kim Fa

Kehidupan peribadi

sunting

Lim berkahwin dengan Puan Sri Cecilia Lim. Mereka mempunyai 3 anak.[2][3]

Pengiktirafan

sunting

Pada tahun 2002, beliau dianugerahkan penganugerahan kebangsaan "Tan Sri" oleh Yang di-Pertuan Agong, atas sumbangannya kepada Malaysia.

Pada 2009, Lim dinamakan "Travel Entrepreneur of the Year" oleh Travel Trade Gazette (TTG) Asia[4] dan "The Most Influential Person in Asian Gaming" oleh Inside Asian Gaming, atas sumbangan beliau kepada industri percutian dan perjalanan.[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Forbes Profile: Lim Kok Thay". Forbes. Dicapai pada 27 October 2017.
  2. ^ sharanpal singh randhawa (1 March 2015). "50 charitable homes get RM1mil from Genting Group - Nation | The Star Online". Thestar.com.my. Dicapai pada 26 May 2017.
  3. ^ My Story – Lim Goh Tong, preface: Family Tree. Pelanduk Publications Sdn Bhd. 2004.
  4. ^ "Genting CEO gets award". The Star. Dicapai pada 10 October 2009.
  5. ^ "Lim Kok Thay named Travel Entrepreneur of the Year and The most influential person in Asian Gaming". Philstar. Dicapai pada 10 October 2009.