YB Lim Soo Nee adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kulim, Kedah Darul Aman dari Parti Keadilan Rakyat. Pada 26 Ogos 2009, beliau dilantik menjadi Exco Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah berikutan pengisytiharan keluar ADUN Lunas, YB Mohd Razhi Salleh dari PKR menjadi ADUN Bebas.

Yang Berhormat

Lim Soo Nee
Fail:Soonee.jpg
Exco Pelancongan Dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah
Dalam jawatan
26 Ogos 2009 – 5 Mei 2013
Didahului olehYB Mohd Razhi Salleh
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk N35 Kulim
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului olehBoey Chin Gan
Digantikan olehChua Thiong Gee
Majoriti1,244
Butiran peribadi
Parti politikLambang keadilan.pngPKR
PasanganWoon Nyok Yen
Anak-anak4
PekerjaanAhli Dewan Undangan Negeri

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, dengan majoriti sebanyak 1,244 undi. Beliau memperolehi 10,559 undi berbanding lawannya Lim Lee Choo memperolehi hanya 9,315 undi dan calon Bebas Khairul Anuar Ramli memperolehi hanya 1,101 undi.[1]