Buka menu utama

Dalam ajaran Islam, selain rukun Islam yang mempunyai lima perkara, terdapat juga keperluan lain yang perlu diingatkan. Ia bertujuan untuk mendidik masyarakat Islam itu, agar sentiasa berwaspada dalam menjalani kehidupan di dunia ini supaya tidak lari dari landasan pemikiran dan tujuan mereka diciptakan oleh Allah.

Lantaran itu, manusia, jin, malaikat, air, api, angin, haiwan, tumbuhan serta lain-lain diwujudkan oleh Allah, objektifnya adalah hanya untuk beribadah dan mengabdikan diri kepadaNya, walaupun atas apa jua perbuatan yang dilakukan sementara mereka masih hidup.

Lima perkara tersebut adalah:

  1. Sihat sebelum sakit
  2. Muda sebelum tua
  3. Kaya sebelum miskin
  4. Lapang sebelum sempit
  5. Hidup sebelum mati

Budaya popularSunting

Tema 'lima perkara' ini disebut dalam korus lagu "Demi Masa" kumpulan Raihan.