Limau purut

(Dilencongkan dari Limau Purut)


Limau purut (Jawi: لیماو ڤوروت; nama saintifik: C. hystrix) adalah sejenis tumbuhan sitrus yang bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika Asia Tenggara dan selatan China,[3][4] ia dikenali kerana permukaan buah limau ia yang kasar berkutil bintil atau "purut".[5]

Limau purut
Buah dan daun limau purut
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Genus:
Citrus
Spesies:
hystrix
Peta taburan aneka kultivar Citrus,
C. hystrix ditanda hijau pucat[1]
Sinonim[2]
  • C. auraria Michel
  • C. balincolong (Yu.Tanaka) Yu.Tanaka
  • C. boholensis (Wester) Yu.Tanaka
  • C. celebica Koord.
  • C. combara Raf.
  • C. echinata St.-Lag. nom. illeg.
  • C. hyalopulpa Yu.Tanaka
  • C. kerrii (Swingle) Tanaka
  • C. kerrii (Swingle) Yu.Tanaka
  • C. latipes Hook.f. & Thomson ex Hook.f.
  • C. macroptera Montrouz.
  • C. micrantha Wester
  • C. papeda Miq.
  • C. papuana F.M.Bailey
  • C. southwickii Wester
  • C. torosa Blanco
  • C. tuberoides J.W.Benn.
  • C. ventricosa Michel
  • C. vitiensis Yu.Tanaka
  • C. westeri Yu.Tanaka
  • Fortunella sagittifolia K.M.Feng & P.Y.Mao
  • Papeda rumphii Hassk.

Ia sering kali digunakan dalam masakan-masakan dan perubatan tradisi serata Asia Tenggara, minyak pati buah ini dijadikan bahan membuat minyak wangi.[6]

Botani sunting

Tumbuhannya berbentuk pohon kecil dengan tinggi antara 2-12 meter dengan batang-batang kecil rendah yang membengkok atau bersudut manakala setiap rantingnya berduri tajam.[7] Daun muncul setangkai setiap helai[8] berbentuk angka lapan dengan warna hijau gelap yang berkilau licin apabila matang; ia mengeluarkan aroma harum apabila digosok mahupun dikerunyuk.[7]

Buah yang dihasilkan kecil dengan diameter tidak melebihi 2 sm, dengan kulit tebal dengan permukaan kasar "purut".[7]

Kegunaan sunting

Dalam masakan sunting

Daun-daun limau purut amat penting dalam masakan-masakan Thailand (seperti nam phrik dan tom yam),[9][10] Kemboja,[11] Nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia (terutamanya dalam kalangan masyarakat Jawa dan Bali) dan Myanmar.[12]

Kulit buah limau purut dijadikan antara rempah utama dalam kari Thai.[9]


Manfaat lain sunting

Buah limau purut boleh digosok mencuci rambut hingga bersih dan licin[10] serta mampu merawat kelemumur.[13]

Daun-daun ia juga boleh digunakan sebagai penghilang bau kuat baik pada badan semasa mandi mahupun menyegarkan udara bilik.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ Fuller, Dorian Q.; Castillo, Cristina; Kingwell-Banham, Eleanor; Qin, Ling; Weisskopf, Alison (2017). "Charred pomelo peel, historical linguistics and other tree crops: approaches to framing the historical context of early Citrus cultivation in East, South and Southeast Asia". Dalam Zech-Matterne, Véronique; Fiorentino, Girolamo (penyunting). AGRUMED: Archaeology and history of citrus fruit in the Mediterranean. Publications du Centre Jean Bérard. m/s. 29–48. doi:10.4000/books.pcjb.2107. ISBN 9782918887775.
  2. ^ The Plant List: A Working List of All Plant Species, dicapai pada 3 October 2015
  3. ^ "Citrus hystrix". Flora & Fauna Web. National Parks Singapore, Singapore Government. Dicapai pada 13 August 2018.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Citrus hystrix". Plant Finder. Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  5. ^ "purut". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  6. ^ Ng, D.S.H.; Rose, L.C.; Suhaimi, H.; Mohamad, H.; Rozaini, M.Z.H.; Taib, M. (2011). "Preliminary evaluation on the antibacterial activities of Citrus hystrix oil emulsions stabilized by TWEEN 80 and SPAN 80" (PDF). International Journal of Pharmacy and Pharmaceutical Sciences. 3 (Suppl. 2).
  7. ^ a b c Staples, George; Kristiansen, Michael S. (1 January 1999). Ethnic Culinary Herbs: A Guide to Identification and Cultivation in Hawai'i. University of Hawaii Press. m/s. 27–29. ISBN 978-0-8248-2094-7.
  8. ^ B. Sarwono (1991). Jeruk dan Kerabatnya. Jakarta: Penebar Swadaya. m/s. 73. ISBN 979-489-003-0.
  9. ^ a b Loha-unchit, Kasma. "Kaffir Lime –Magrood". Dicapai pada December 7, 2014.
  10. ^ a b Sukphisit, Suthon (12 November 2017). "Clean up in kitchen with versatile fruit". Bangkok Post. Dicapai pada 13 November 2017.
  11. ^ "What to Replace Kaffir Lime Leaves With". Village Bakery (dalam bahasa Inggeris). 2018-12-17. Dicapai pada 2018-12-19.
  12. ^ Wendy Hutton, Wendy; Cassio, Alberto (2003). Handy Pocket Guide to Asian Herbs & Spices. Singapore: Periplus Editions. m/s. 40. ISBN 978-0-7946-0190-4.
  13. ^ a b Nurul Adriana; Oleh Izyan Liyana (13 April 2020). "5 khasiat daun limau purut". Sinar Harian.