Limbungan Peleraian Kapal Gadani

Limbungan peleraian kapal Gadani adalah pusat peleraian kapal ketiga terbesar di dunia. Limbungan ini terdiri daripada 132 plot-plot peleraian kapal[1] terletak di pesisir pantai sepanjang 10 km di Gadani, Pakistan, kira-kira 50 kilometer dari barat laut Karachi.

Kapal yang siap untuk disekerapkan di pantai Gadani

Limbungan peleraian kapal Gadani yang panjangnya lebih dari 10km merupakan tempat dimana kapal-kapal lama dimusnahkan. Ia merupakan tapak perkuburan kapal yang terbesar didunia. Pekerja disini diupah 12 ringgit sehari untuk menjalankan kerja-kerja memusnahkan kapal yang berlabuh di sini.[perlu rujukan] Dianggarkan sebanyak 100 buah kapal dimusnahkan dalam masa setahun. Kapal-kapal yang telah dileraikan kemudian akan dihancurkan kepada bahagian-bahagian yang kecil mengikut jenis bahan. Lebih dari 1 juta tan besi dihasilkan dalam setahun dengan mengitar semula bahan-bahan terbuang dari kapal yang telah dileraikan. Besi ini digunakan di dalam sektor pembinaan di Pakistan.

Pada tahun 1980-an, Gadani merupakan pusat peleraian kapal terbesar di dunia, dengan lebih kurang 30,000 pekerja. Walau bagaimanapun, persaingan dari kemudahan-kemudahan terbaru di Alang, India dan Chittagong, Bangladesh mengakibatkan pengurangan pengeluaran yang signifikan, dengan Gadani hari ini menghasilkan kurang daripada satu perlima sekerap yang ia hasilkan pada 1980-an. Pengurangan terbaru cukai pada logam sekerap telah menyebabkan kebangkitan semula pengeluaran yang sederhana di Gadani, yang kini mengupah kira-kira 6,000 buruh.

Lebih dari sejuta tan keluli diselamatkan setiap tahun, dan sebahagian besarnya dijual di dalam negara.[2] Pada tahun fiskal 2009-2010, satu rekod 107 buah kapal, dengan gabungan sesaran tanan ringan (LDT) yang berjumlah 852,022 tan, telah dipecahkan di Gadani, manakala pada tahun fiskal 2008-2009 yang lalu, 86 buah kapal, dengan gabungan LDT berjumlah 778,598 tan, telah dijadikan sekerap.[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b "Record 107 ships dismantled at Gaddani" by Parvaiz Ishfaq Rana, Dawn, 29 June 2010 (http://archives.dawn.com/archives/business/2010-06-29.html)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan reuters tidak disediakan

Pautan kapalSunting

  • "The Ship Breaking and Recycling Industry in Bangladesh and Pakistan" (PDF).
  • "Shipbreakers in Gadani beach, Pakistan".

Koordinat: 25°04′N 66°42′E / 25.067°N 66.700°E / 25.067; 66.700