Joan Lin

pelakon Taiwan
(Dilencongkan dari Lin Feng-jiao)

Joan Lin Feng-jiao (lahir 30 Jun 1958) ialah seorang bekas pelakon Taiwan. Beliau merupakan isteri kepada artis seni bela diri Jackie Chan.

Joan Lin
林鳳嬌
Kelahiran (1958-06-30) 30 Jun 1958 (umur 65)
Taipei, Taiwan
WarganegaraTaiwan
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1972–1982
PasanganJackie Chan (k. 1982)
Anak-anakJaycee Chan
Joan Lin
Cina Tradisional: 林鳳嬌
Cina Ringkas: 林凤娇

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan pada 30 Jun 1953 di Taipei, Taiwan, Lin ialah anak kedua daripada lima beradik. Beliau berhenti dari sekolah pada umur 12 tahun kerana faktor kemiskinan keluarganya.

Kerjaya sunting

Pada 1972, di usia 19 tahun, Lin membintangi filem pertamanya, The Hero of Chiu Chow [zh] (juga dikenali sebagai Hero of Waterfront), sebuah filem Kung Fu. Ramai filemnya didasarkan pada novel Chiung Yao.

Lin, bersama-sama dengan Charlie Chin dan Chin Han serta Brigitte Lin, merupakan nama-nama terbesar dalam industri pawagam Taiwan dan Hong Kong pada zaman 1970-an. Dikenali sebagai "Dua Chib, Dua Lin" (二秦二林) oleh media, mereka terkenal kerana membintangi beberapa filem box-office meletup, yang kebanyakannya adalah adaptasi dari novel Chiung Yao.[1]

Pada 1979, beliau memenangi gelaran Pelakon Wanita Utama Terbaik pada Anugerah Golden Horse ke-16 untuk persembahannya dalam The Story of a Small Town.[2] Semasa kerjaya dalam tempoh 10 tahun, Lin muncul dalam lebih daripada 70 filem.

Kehidupan peribadi sunting

Joan Lin bertemu pelakon Hong Kong Jackie Chan pada Januari 1981 dan mereka diam-diam berkahwin di Kuala Lumpur pada 1982. Anak tunggal mereka, Jaycee Chan, dilahirkan pada hari itu selepas mereka berkahwin. Lin sudah bersara dari industri filem.

Filemografi sunting

Filem terpilih sunting

  • The Hero of Chiu Chow (1972)
  • Chao Zhou nu han (1973)
  • The Lone Hero (1973)
  • Chinese Dragon (1973)
  • The Hero of Chiu Chow (1973)
  • The Two Tigers (1973)
  • Da meng long (1973)
  • Da sha san fang (1973)
  • Coffee, Wine, Lemonade (1974)
  • Chinese Kung Fu (1974)
  • The Kung Fu Revenger (1974)
  • First Come, First Love (1974)
  • Love in the Spring (1974)
  • The Guy!! The Guy (1974)
  • The Furious Monk from Shaolin (1974)
  • Shaolin Vengeance (1974)
  • XXX (1974)
  • Jin shui lou tai (1974)
  • Feng yun qun ying (1974)
  • Wang yang Zhong de yi tiao (1978)
  • The Story of a Small Town (1979)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Karya dicalonkan Keputusan
1978 Anugerah Golden Horse ke-15 Pelakon Wanita Utama Terbaik He Never Gives Up Tercalon
1979 Anugerah Golden Horse ke-16 Pelakon Wanita Utama Terbaik The Story of a Small Town Menang

Rujukan sunting

  1. ^ "Reunion of Taiwanese veteran actors in Genting". The Star (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Awards Archive 1979" (dalam bahasa Inggeris). Taipei Golden Horse Film Festival. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2014. Dicapai pada 23 Julai 2013.

Pautan luar sunting

Templat:Jackie Chan