Linda Helmi

Linda Helmi (lahir Norlida Ahmad; 1961–21 Jun 2016) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Kuala Kangsar, Perak.[1][2]

Linda Helmi
Kelahiran
Norlinda binti Ahmad

1961 (1961)
Meninggal dunia21 Jun 2016 (berumur 54–55)
Taiping, Perak, Malaysia
Sebab kematianKomplikasi hati
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1981–2016
Anak3

Beliau terkenal dengan watak antagonis sepanjang kerjayanya dan pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Terbaik (Wanita) di Anugerah Skrin 1996 menerusi drama Ribuan Mimpi-mimpi (1995).[1]

Kerjayanya mula berkembang apabila drama Spektra yang dibintanginya menduduki penarafan tinggi dan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).[1] Namanya turut dikenali ramai menerusi drama bersiri Pendekar, yang disiarkan selama tiga tahun berturut-turut di RTM. Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan album bersama kumpulan The Rolling 60's pada tahun 1994.[1]

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak, kira-kira jam 4.30 petang pada 21 Jun 2016 berikutan komplikasi hati pada usia 55 tahun. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak serta seorang cucu. Jenazahnya dibawa ke kediaman ibunya di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar dan disemadikan pada 22 Jun.[1]

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Metro Skuad (Musim 2) Isteri Prof. Zain TV2 Episod: "Jejak Di Beijing"
2014 Gerak Khas (Musim 14) Episod: "Scam 419"

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e Hanisah Selamat (21 Jun 2016). "Pelakon Linda Helmi meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 18 November 2016.
  2. ^ Muhammad Izzat Nusuruddeen (22 Jun 2016). "Linda Helmi meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 18 November 2016.