Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan Oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.

Lintah
Leech-china.JPG
Seekor lintah di China
Pengelasan saintifik
Alam:
Subalam:
Superfilum:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Hirudinea

Lamarck, 1818
Infrakelas

Acanthobdellidea
Euhirudinea
(tetapi lihat bawah)

TabiatSunting

Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga kenyang lalu melepaskan diri untuk menghadam makanan diperolehinya.

AnatomiSunting

Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir seakan bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintah mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah.

Pautan luarSunting

Dichotomous Key Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai: