Liou Chen Kuang merupakan ahli politik Malaysia dan juga ahli perniagaan berketurunan Cina Malaysia dari Machap Baru, Melaka. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga merupakan calon parti yang tewas dalam Pilihanraya Kecil Machap 2007.[1] Dalam pilihanraya 2004, mendiang Datuk Wira Poh Ah Tiam daripada Barisan Nasional (BN) telah menewaskan beliau dengan majoriti 4,562 undi.[2]

Di sebalik kekalahan tersebut, pada 30 Mac 2007, DAP teah mengumumkan bahawa Liou akan kembali bertnding bagi pihak parti berkenaan dalam Pilihanraya Kecil Machap 2007 disebabkan "pengetahuan beliau mengenai hal ehwal tempatan", sokongan akar umbi, dan kesediaan beliau "untuk berkhidmat dengan para pengundi Machap”. [3]

Rujukan sunting

  1. ^ Tan, M. (2007-03-31). "DAP fields same candidate". thestar.com.my. Dicapai pada 2007-04-02.
  2. ^ "Nominee Details for the state assembly - MACHAP". pilihanraya.com.my. Dicapai pada 2007-04-02.[pautan mati kekal]
  3. ^ "DAP's Liou to vie for Machap again (subscription required)". malaysiakini.com. 2007-03-30. Dicapai pada 2007-04-02. Check date values in: |date= (bantuan)