Litar Antarabangsa Sepang

Litar Antarabangsa Petronas Sepang
Petronas Sepang International Circuit
Lokasi Sepang, Selangor, Malaysia
Zon masa UTC+08:00
Dibuka 7 Mac 1999
Arkitek Hermann Tilke
Acara utama Formula Satu
Grand Prix Malaysia (1999–2017)
MotoGP
Grand Prix Malaysia (1999–2019, 2022–)
Jarak litar 5.543 km (3.444 mi)
Selekoh 15
Rekod pusingan 1:34.223 (Juan Pablo Montoya, Williams, 2004)

Litar Antarabangsa Petronas Sepang ialah sebuah litar yang digunakan untuk perlumbaan Formula Satu, Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di selatan ibu kota Kuala Lumpur.

Litar Antarabangsa Sepang

Sejarah sunting

Litar ini telah direka oleh Hermann Tilke, yang kemudiannya mereka bentuk kemudahan baru di Shanghai, Bahrain, Turki, Valencia, Singapura, Korea, India dan Texas, TX

Litar ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Doktor Mahathir Bin Mohamad pada 7 Mac 1999. Beliau kemudiannya merasmikan perlumbaan Moto GP yang pertama di Malaysia pada 20 April 1999, dan juga perlumbaan Formula Satu pertama di Malaysia.

Pada 23 Oktober 2011, pada pusingan kedua dalam perlumbaan Moto GP 2011, pelumba motosikal dari Itali, Marco Simoncelli, meninggal dunia selepas mengalami kemalangan di selekoh ke-11. Perlumbaan tersebut dihentikan berikutan kemalangan tersebut.

Susunan litar sunting

Litar utama, biasanya digunakan mengikut arah jam, ialah 5,54 kilometer panjang, dan mempunyai sudut menyapu dan jalan lurus yang luas. Susunan litar ini agak luar biasa. Litar ini mempunyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari pit dan diikuti oleh satu belokan yang amat tajam.

Konfigurasi yang lain juga boleh digunakan untuk berlumba mengikut arah jam. Konfigurasi ini menggunakan separuh pertama litar utama dan berpaling ke arah pit, selepas belokan keenam dan ia adalah 2,71 km panjang secara keseluruhan.

Litar selatan ialah separuh lain litar ini. Belakang litar utama menjadi pit lurus apabila litar selatan digunakan, dan bersambung ke selekoh kelapan untuk membentuk satu belokan tajam. Dengan mengikut arah jam, litar ini adalah 2,61 km panjang.

Litar ini juga mempunyai litar untuk perlumbaan go-kart dan motocross.

Pusingan terpantas sunting

Kategori Pemandu/Penunggang Pasukan Motor/Casis Masa terpantas Tahun
Formula Satu   Juan Pablo Montoya Williams-BMW Williams FW26 1:34.223 2004
GP2   Stefano Coletti Rapax Dallara GP2/11 1:44.280 2013
A1GP   Adam Carroll A1 Team Ireland Ferrari A1GP 1:47.124 2008
Formula Nippon   Benoît Tréluyer mobilecast Team Impul Lola B3/51 1:52.947 2004
Super GT (GT500)   Takashi Kogure Takata Dome Racing Team Honda NSX 1:54.306 2007
MotoGP   Dani Pedrosa Honda Honda RC213V 2:00.100 2013
FIA GT   Team Clearwater Racing Ferrari 458 2:04.108 2012
Super GT (GT300)   Kazuya Oshima Toy Story APR Toyota MR-S 2:06.584 2007
ATCS Michael Choi JAS Motorsport Honda Accord 2:22.669 2011
Group N    Lee/O’Shannessy/Hunter Kegani Racing Toyota Celica 2:39.350 2012
Malaysia Speed Festival  

Aliff Hamdan

Millennium Fatboy Penrite Proton Satria Evo 3 AWD 2:16.219 2019
World 1300cc SBK  

Ery Fahzwan

Redbull KTM Asia Superduke KTM 1290 R 1:45.011 2017

Pautan luar sunting