Lite (stesen radio)

(Dilencongkan dari Lite FM)

LITE (dahulu dikenali sebagai LiteFM)[1] merupakan radio berbahasa Inggeris di Malaysia yang bernaung di bawah pengurusan Astro Radio. Saluran ini dilancarkan ke udara pada tahun 1997 dengan nama Light & Easy, tetapi bertukar nama kepada LiteFM pada November 2006. Cogankata awalnya adalah Continous Relaxing Favorites, dan kemudiannya bertukar kepada Famous for the 1980s. Pada 2013, cogankata bertukar kepada Classic hits all day.

LITE
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia dan Singapura
SloganRelaxing Favourites
FrekuensiPelbagai, bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertamaJanuari 1997; 23 tahun yang lalu (1997-01)
BahasaInggeris
PemilikAstro Radio
Saluran kembarHitz, Mix, My, Melody, Era, Sinar, Zayan, goXuan Gegar, dan Raaga
Tapak weblite.my

Golongan sasarannya adalah untuk pendengar yang lebih dewasa, seperti radio SINAR (Melayu) dan MELODY (Cina) dan membawakan lagu-lagu Inggeris. Sekarang, LITE tidak hanya memutarkan lagu-lagu lama, tetapi juga lagu baharu asalkan lagu itu bersesuaian dengan konsep radio LITE itu sendiri.

Penyampai radio

Sekarang

  • Belinda Chee
  • Jason Desmond Chin
  • Soraya Kee
  • Hisham Hamzah

Dahulu (1997 - kini)

  • Rex
  • Zak
  • Sara
  • Ika Kamaruzzaman
  • Lucy Leong
  • Karen Bahrin
  • Caroline Nicole Oh
  • Simon D'Cruz
  • Aanont Wathanasin
  • Kudsia Kahar
  • Adi
  • Priscilla Patrick
  • Kevin Francis
  • Ryan Augustine De Alwis (RD)
  • Sharizan
  • Camelia
  • Yasmin Yusuff
  • Ross
  • Aly
  • Constantine
  • Steve D’angelo
  • Shazmin Shamsudin

Segmen

Isnin - Jumaat

Segmen Penyampai Masa
The LITE Breakfast Bel & JD 06:00 - 10:00
Relaxing Favourites Workday Soraya 10:00 - 16:00
The LITE Drive Sham 16:00 - 20:00

Frekuensi

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
105.7 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali
104.3 MHz Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Gunung Jerai
101.5 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
104.6 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
92.2 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
94.6 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
89.3 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
104.7 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
105.9 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
104.3 MHz Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau
100.1 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
103.2 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong
Saluran Platform TV
854 Astro

Rujukan

  1. ^ "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans". Astro. 2 January 2018. Diarkib daripada yang asal pada 13 January 2018. Dicapai pada 12 January 2018.

Pautan luar