Litigasi perubahan iklim

Litigasi perubahan iklim atau litigasi iklim merupakan badan undang-undang alam sekitar yang menggunakan kerja-kerja guaman dan duluan kehakiman untuk mempertingkatkan usaha mitigasi perubahan iklim daripada institusi awam seperti kerajaan dan syarikat. Disebabkan oleh usaha mitigasi oleh ahli politik yang lambat, aktivis dan peguam telah memilih untuk menggunakan sistem kehakiman kebangsaan dan antarabangsa untuk mempercepatkan usaha tersebut. Ligitasi perubahan iklim lazimnya berkaitan dengan salah satu daripada lima jenis tuntutan kehakiman:[2] undang-undang perlembagaan, undang-undang pentadbiran, undang-undang khusus, penipuan atau hak pengguna dan hak asasi manusia.[3]

Pada 2019, Mahkamah Agung Belanda telah mengatakan bahawa kerajaan Belanda mesti mengurangkan pembebasan karbon dioksida kerana perubahan iklim mengugat kesihatan manusia.[1]
Xiuhtezcatl Martinez merupakan pihak menuntut dalam Juliana v. Amerika Syarikat dan dalam kes Martinez v. Suruhanjaya Pemuliharaan Minyak dan Gas Colorado

Sejak awal 2000-an, perkembangan kehakiman telah memperkasakan kerangka kerja kehakiman untuk menangani perubahan iklim manakala bilangan kes kehakiman yang meningkat telah menyebabkan kewujudan sebuah badan kehakiman antarabangsa yang menghubungkan tindakan iklim dengan pertikaian kehakiman.[2] Kebanyakan kes dan pendekatan yang berjaya telah memfokuskan kepada memajukan keperluan keadilan iklim dan pergerakan iklim belia.[4]

Kes litigasi perubahan iklim yang terkenal termasuklah Urgenda v. Belanda pada 2019 dan Juliana v. Amerika Syarikat pada 2015.[5][6][7] Syarikat arang batu, minyak dan gas akan bertanggungjawab dari segi undang-undang atau segi moral atas tindakan mereka yang telah mencabul hak asasi manusia yang berkaitan dengan perubahan iklim, walaupun kadang-kala pihak kerajaan turut bertanggungjawab kerana membenarkan pencabulan tersebut berlaku.[8][9] Litigasi biasanya dilakukan melalui pengumpulan usaha dan sumber secara kolektif melalui organisasi seperti Greenpeace, misalnya Greenpeace Poland yang mendakwa sebuah syarikat utiliti arang batu[10] dan Greenpeace Jerman yang mendakwa sebuah syarikat pembuat kereta.

Kini, bilangan kes aktivis yang telah dimenang di mahkamah global sedang menunjukkan pola menaik.[11][12][13] Laporan Litigasi PBB 2017 telah mengenal pasti 884 kes di 24 negara. Setakat 1 Julai 2020, bilangan kes telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,550 kes di 38 buah negara (39 sekiranya termasuk mahkamah Kesatuan Eropah).[14]

Terminologi sunting

Program Alam Sekitar PBB mentakrifkan litigasi perubahan iklim sebagai:[15]

semua kes mahkamah yang membangkitkan isu kehakiman yang penting atau fakta yang berkaitan dengan mitigasi, adaptasi dan sains perubahan iklim.
[...] to include cases that raise material issues of law or fact relating to climate change mitigation, adaptation, or the science of climate change.

Pakar undang-undang Amerika Syarikat David Markell dan JB Ruhl pula mentakrifkan litigasi perubahan iklim sebagai:[16]

mana-mana litigasi pentadbiran atau kehakiman persekutuan, negeri, suku atau tempatan di mana pemfailan parti atau keputusan tribunal membangkitkan isu fakta atau isu undang-undang mengenai bahan atau dasar mengenai faktor dan impak perubahan iklim secara langsung dan jelasnya
[...] any piece of federal, state, tribal, or local administrative or judicial litigation in which the party filings or tribunal decisions directly and expressly raise an issue of fact or law regarding the substance or policy of climate change causes and impacts.

Definisi ini tidak merangkumi tuntutan mahkamah yang dibuat atas kebimbangan terhadap isu perubahan iklim, namun isinya tidak menyentuh perubahan iklim. Misalnya, sesebuah tuntutan mahkamah yang menentang pembinaan stesen janakuasa arang batu atas sebab "Penilaian Impak Alam Sekitar projek tersebut tidak mengkaji impak pelupusan merkuri secara teliti" tidak boleh dikategorikan sebagai litigasi perubahan iklim walaupun niatnya berkaitan dengan perubahan iklim. Keputusan ini adalah untuk mengelakkan penyalahtafsiran niat pihak menuntut.[16]

Jenis sunting

Litigasi perubahan iklim lazimnya berkaitan dengan salah satu daripada lima jenis tuntutan kehakiman:[2]

  • Undang-undang perlembagaan - berkaitan dengan perlanggaran hak yang terkandung dalam perlembagaan oleh sesebuah negara.
  • Undang-undang pentadbiran - berkaitan dengan keputusan yang dibuat oleh pentadbir negara, seperti meluluskan projek yang menjejaskan alam sekitar.
  • Undang-undang khusus - berkaitan dengan kecuaian, gangguan, pencerobohan dan sebagainya oleh sesebuah syarikat atau organisasi lain.
  • Penipuan atau hak pengguna - berkaitan dengan pemasaran yang mengaburkan kebenaran atau pemberian maklumat yang salah kepada pengguna oleh sesebuah syarikat mengenai impak iklim produknya atau perkhidmatannya.
  • Hak asasi manusia - berkaitan dengan kegagalan memelihara hak asasi manusia penduduk kerana tidak melindungi alam sekitar dan sumber alam sekitar yang berkaitan.[3]

Mengikut negara sunting

Australia sunting

Setakat Februari 2020, Australia mempunyai bilangan kes sedang berjalan yang kedua terbanyak di dunia, dengan hampir 200 buah kes.[2]

Belgium sunting

Selepas 6 tahun, pada Jun 2021, Mahkamah Belgium memutuskan bahawa sasaran iklim kerajaan Belgium adalah terlalu rendah dan dengan itu, "melanggar hak untuk hiduk (artikel 2) dan hak untuk menghormati kehidupan peribadi dan keluarga (artikel 6) yang terkandung dalam Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia".[17]

Pada 2021, Mahkamah Perlembagaan Persekutuan Jerman telah memutuskan bahawa langkah-langkah perlindungan iklim kerajaan Jerman adalah tidak mencukupi untuk melindungi generasi masa depan dan mengarahkan kerajaan Jerman untuk menambah baik Akta Perlindungan Iklimnya sebelum akhir tahun 2022.[18]

Republik Ireland sunting

Pada Julai 2020, Rakan Alam Sekitar Ireland (Friends of the Irish Environment) memenangi satu kes yang termasyhur dan bersejarah terhadap Kerajaan Ireland kerana gagal mengambil tindakan yang mencukupi untuk menangani krisis iklim dan ekologi.[19] Mahkamah Agung Ireland memutuskan bahawa Plan Mitigasi Nasional 2017 yang dirangka oleh kerajaan Ireland adalah tidak mencukupi serta tidak menyatakan secara spesifiknya bagaimana kerajaan Ireland akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau mereka.[20]

Belanda sunting

 
Rencana ilmiah tentang litigasi iklim di Belanda, khasnya kes Urgenda

Belanda telah menyasar untuk mengurangkan pembebasan karbon dioksidanya sebanyak 49% pada 2030 berbanding dengan tahapnya pada 1990 dengan beberapa sasaran pertengahan. Namun, Agensi Penilaian Alam Sekitar Belanda mengatakan bahawa negara tersebut akan melepasi sasarannya bagi tahun 2020.[21]

Pada 2012, peguam Belanda Roger Cox mencadangkan penggunaan campur tangan kehakiman untuk memaksa kerajaan mengambil tindakan iklim.[22][23] Pada 2013, Yayasan Urgenda, dengan 900 orang plaintif bersama, telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Kerajaan Belanda "kerana tidak mengambil langkah-langkah yang mencukupi untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang menyebabkan perubahan iklim yang dahsyat".[22]

Pada 2015, Mahkamah Wilayah Den Haag memutuskan bahawa kerajaan Belanda mesti mengambil lebih banyak tindakan untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau untuk melindungi rakyatnya daripada perubahan iklim (kes iklim Urgenda).[22][24][25] Kes ini telah disifatkan sebagai satu "keputusan yang mewujudkan duluan"[24] dan sebagai "tuntutan tanggungjawab iklim yang pertama di dunia."[25]

Menurut James Thornton, ketua eksekutif Client Earth, "Perkara yang paling luar biasa ialah kes ini adalah berdasarkan intipati sains yang sudah mantap dan prinsip kuno mengenai kewajipan berjaga-jaga sebuah kerajaan. Pemikiran ini boleh dipakai di mana-mana sistem kehakiman dan sudah tentu akan digunakan di mahkamah negara lain."[24][26] Pada 2018, satu Mahkamah Rayuan di Den Haag telah mengekalkan keputusan tersebut yang memaksa kerajaan Belanda untuk meningkatkan usahanya untuk mengawal pembebasan gas rumah hijau di Belanda.[27]

Pada Disember 2019, Mahkamah Agung Belanda juga mengekalkan keputusan tersebut. Hal ini menegaskan bahawa kerajaan mestilah mengurangkan pembebasan karbon dioksidanya sebanyak 25% berbanding dengan tahap 1990 pada akhir tahun 2020, atas dasar bahawa perubahan iklim akan memudaratkan kesihatan manusia.[1][21]

DalamMilieudefensie et al v Royal Dutch Shell, yang berakhir pada Mei 2021, Mahkamah Wilayah Den Haag mengarahkan Royal Dutch Shell untuk mengurangkan pembebasan karbon globalnya sebanyak 45% pada akhir tahun 2030 berbanding dengan tahap 2019,[28] dan menegaskan tanggungjawab syarikat tersebut terhadap pembebasan skop 3 (pembebasan daripada pembekal dan pelanggannya yang menggunakan produknya).[29]

United Kingdom sunting

Pada Disember 2020, tiga rakyat British, Marina Tricks, Adetola Onamade, Jerry Amokwandoh, bersama dengan pertubuhan amal litigasi iklim, Plan B, mengumumkan bahawa mereka sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan UK kerana gagal mengambil tindakan yang secukupnya untuk menangani krisis iklim dan ekologi.[30][31] Para plaintif juga mengatakan bahawa pembiayaan kerajaan terhadap bahan api fosil yang berterusan di dalam dan luar UK merupakan satu pencabulan hak untuk hidup dan hak untuk kehidupan keluarga, serta mencabuli Perjanjian Iklim Paris dan Akta Perubahan Iklim 2008.[32]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Isabella Kaminski (20 Disember 2019). "Dutch supreme court upholds landmark ruling demanding climate action". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2019. Dicapai pada 20 Disember 2019.
  2. ^ a b c d King; Mallett, Wood Mallesons-Daisy; Nagra, Sati (27 Februari 2020). "Climate change litigation - what is it and what to expect? | Lexology". www.lexology.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-09-20.
  3. ^ a b Orangias, Joseph (1 Disember 2021). "Towards global public trust doctrines: an analysis of the transnationalisation of state stewardship duties". Transnational Legal Theory: 1–37. doi:10.1080/20414005.2021.2006030.
  4. ^ "Greenpeace Germany sues Volkswagen over carbon emissions targets". Dicapai pada 11 November 2021.
  5. ^ Beauregard, Charles; Carlson, D'Arcy; Robinson, Stacy-ann; Cobb, Charles; Patton, Mykela (28 Mei 2021). "Climate justice and rights-based litigation in a post-Paris world". Climate Policy. 21 (5): 652–665. doi:10.1080/14693062.2020.1867047. ISSN 1469-3062. S2CID 233731449.
  6. ^ Marris, Emma (3 November 2018). "US Supreme Court allows historic kids' climate lawsuit to go forward". Nature (dalam bahasa Inggeris). m/s. 163–164. doi:10.1038/d41586-018-07214-2. Dicapai pada 7 November 2021.
  7. ^ Viglione, Giuliana (28 Februari 2020). "Climate lawsuits are breaking new legal ground to protect the planet". Nature (dalam bahasa Inggeris). m/s. 184–185. doi:10.1038/d41586-020-00175-5. Dicapai pada 7 November 2021.
  8. ^ "Science Hub for Climate Litigation | Union of Concerned Scientists". www.ucsusa.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 November 2021.
  9. ^ "As South Africa clings to coal, a struggle for the right to breathe". Grist (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2020. Dicapai pada 7 November 2021.
  10. ^ "Greenpeace threatens to sue coal utility in Poland". Climate Home News (dalam bahasa Inggeris). 29 November 2018. Dicapai pada 7 November 2021.
  11. ^ "The Climate Justice movement across the globe" Diarkibkan 6 November 2016 di Wayback Machine, Greenpeace, 19 Ogos 2015 (dicapai pada 6 November 2016).
  12. ^ US EPA, OP (2013-02-22). "Summary of the Clean Air Act". www.epa.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-23.
  13. ^ Center for Public Integrity, "Venue of last resort: the climate lawsuits threatening the future of big oil " Diarkibkan 17 Disember 2017 di Wayback Machine, The Guardian, 17 Disember 2017 (dicapai pada 17 Disember 2017).
  14. ^ "Global Climate Litigation Report: 2020 Status Review" (PDF). UN environment programme. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 Januari 2021.
  15. ^ UNEP dengan kerjasama Sabin Center for Climate Change Law, Universiti Columbia (26 Januari 2021). "Global Climate Litigation Report - 2020 Status Review" (PDF). Nairobi. Dicapai pada 2 Mei 2022.
  16. ^ a b David Markell and J.B. Ruhl, An Empirical Assessment of Climate Change In The Courts: A New Jurisprudence Or Business As Usual?, 64 Florida Law Review. 15 (2012).
  17. ^ Germanos, Andrea (19 June 2021). "Belgium Court Deems Inadequate Climate Policy a Human Rights Violation". Ecowatch. Dicapai pada 28 June 2021.
  18. ^ Connolly, Kate (2021-04-29). "'Historic' German ruling says climate goals not tough enough". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-29. Dicapai pada 2021-05-01.
  19. ^ "Climate change: 'Huge' implications to Irish climate case across Europe". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2020-08-01. Dicapai pada 2021-01-08.
  20. ^ Frost, Rosie (2020-07-31). "Irish citizens win case to force government action on climate change". living (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-08.
  21. ^ a b Akkermans, Joost; Proper, Ellen (20 Disember 2019). "Dutch Supreme Court orders 25% cut in CO2 starting next year". Bloomberg Businessweek. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Disember 2019. Dicapai pada 20 Disember 2019.
  22. ^ a b c Urgenda climate case Diarkibkan 21 Disember 2016 di Wayback Machine, Urgenda Foundation (Dicapai pada 6 November 2016).
  23. ^ Roger Cox, "It is time for the judiciary to step in and avert climate catastrophe" Diarkibkan 6 November 2016 di Wayback Machine, The Guardian, 14 November 2012 (Dicapai pada 6 November 2016).
  24. ^ a b c Quirin Schiermeier, "Landmark court ruling tells Dutch government to do more on climate change" Diarkibkan 4 Mac 2017 di Wayback Machine, Nature, 24 Jun 2015 (Dicapai pada 5 November 2016).
  25. ^ a b Arthur Neslen, "Dutch government ordered to cut carbon emissions in landmark ruling" Diarkibkan 23 Disember 2019 di Wayback Machine, The Guardian, 24 Jun 2015 (Dicapai pada 5 November 2016).
  26. ^ Pendapat ini juga disokong oleh Oslo Principles on Global Climate Change Obligations Diarkibkan 5 Mac 2017 di Wayback Machine. Lihat Julia Powles dan Tessa Khan, "Climate change: at last a breakthrough to our catastrophic political impasse?" Diarkibkan 6 November 2016 di Wayback Machine, The Guardian, 30 Mac 2015 (Dicapai pada 6 November 2016).
  27. ^ Schiermeier, Quirin (2018-10-10). "Dutch court rules that government must help stop climate change". Nature (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1038/d41586-018-07007-7. S2CID 158314143. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2019. Dicapai pada 1 April 2019.
  28. ^ Boffey, Daniel (26 Mei 2021). "Court orders Royal Dutch Shell to cut carbon emissions by 45% by 2030". The Guardian. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  29. ^ Peel, Jacqueline; Neville, Ben; Markey-Towler, Rebekkah (31 Mei 2021). "Four seismic climate wins show Big Oil, Gas and Coal are running out of places to hide". The Conversation. Dicapai pada 29 Jun 2021.
  30. ^ "New Youth Climate Lawsuit Launched Against UK Government on Five Year Anniversary of Paris Agreement". DeSmog (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2020. Dicapai pada 2021-01-08.
  31. ^ "Young People v UK Government: Safeguard our Lives and our Families!". Plan B (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-14.
  32. ^ "'A quantum leap for climate action': UK pledges to end support for overseas oil and gas projects". www.businessgreen.com (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-11. Dicapai pada 2021-01-08.

Pautan luar sunting