Liyana Fizi

Penyanyi dan penulis lagu Malaysia
(Dilencongkan dari Liyana Mohd Fizi)

Liyana Mohamed Fizi[1] (lahir 14 September 1983)[2] merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penulis lirik, penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia.[3] Beliau mula menceburi genre muzik indie pada tahun 2006 dan terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Estrella yang disertainya dari selama empat tahun serta berjaya meraih lapan pencalonan untuk Voize Independent Music Awards pada 2008.[4][5][6]

Liyana Fizi
Nama lahirLiyana binti Mohd Fizi
Kelahiran (1983-09-14) 14 September 1983 (umur 40)
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
GenreIndie, folk, bossa nova
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penulis lirik dan penerbit rakaman
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
Laguna Records (2006-2010)
Liyana Fizi Music Publishing (2011-kini)
Pengkarya berkait
Estrella
Laman sesawang
liyanafizi.com

Sebagai artis solo, beliau pernah melancarkan album sulungnya, Between the Lines pada September 2011. Album ini mengandungi 10 lagu termasuk yang digubah olehnya.[4] Album ini diterbitkan di bawah pengurusannya sendiri iaitu Liyana Fizi Music Publishing dan diedarkan oleh Soundscape Records. Lagu Jatuh telah dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem Azura arahan Aziz M. Osman.[7]

Kehidupan awal sunting

Liyana dilahirkan pada 14 September 1983 di Hospital Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan anak perempuan tunggal; abang sulung beliau ialah Wafi manakala adik bongsunya ialah Aqil yang menghidap penyakit Sindrom Down.[8] Beliau pernah menetap seketika di Brunei ketika berusia tiga tahun. Kemudian, beliau sekeluarga termasuklah neneknya berpindah ke Shah Alam dan membesar di sana.[4]

Nenek beliau berasal dari Negeri Sembilan dan mempunyai darah keturunan Jakun, Jawa dan Cina manakala datuk tirinya pula berasal dari Melaka. Datuk tirinya telah membesarkan ibunya bersama-sama beliau. Sebelum itu, neneknya pernah berkahwin dengan seorang rakyat Belanda yang bernama Peter Polderman. Polderman merupakan datuk kandung Liyana. Pada ketika itu, Polderman tinggal dan bekerja di Tanah Melayu (kini Malaysia). Untuk keluarga sebelah ibu, mereka sekeluarga mengamalkan Adat Perpatih. Bapanya berasal dari Kedah dan mempunyai keturunan Siam, Mamak dan Arab.[4]

Kerjaya sunting

Estrella sunting

Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan jaz Malaysia, Estrella sewaktu penubuhannya pada 2006, yang mana beliau merupakan vokalis utamanya merangkap pemain gitar bersama-sama dengan Jeffrey Little (dram, perkusi), Ariff Zahidee (bes) dan Shamsul Idzhar (gitar). Album studio pertama kumpulan ini, menggunakan nama kumpulan ini sebagai judul album, dikeluarkan pada 28 Disember 2007 di bawah syarikat rakaman Laguna Records (kini Laguna Music). Lagu "Stay", "Ternyata" dan "Take It Slow" telah dikeluarkan sebagai single untuk album ini dan seterusnya muzik video untuk ketiga-tiga lagu tersebut diterbitkan.

Perubahan dalaman Estrella dibuat oleh syarikat rakaman mereka Laguna Music mendorong Liyana untuk meninggalkan kumpulan itu selepas tamat kontrak antara band dan label mereka. Sejak itu, beliau mula mengadakan persembahan solo di samping sesionis band tetap.[9]

Kerjaya solo sunting

 
Liyana pada 2010

Selepas Estrella dibubarkan pada 2010, Liyana mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan menubuhkan syarikat pengurusannya sendiri, Liyana Fizi Music Publishing pada awal 2011, pada September tahun sama, album solo pertamanya, Between the Lines telah dilancarkan dengan lagu "Light Writing" sebagai single pertama.[10]

Beliau tampil bersama kumpulan Kyoto Protocol menerusi lagu bertajuk "Jelita" yang dikeluarkan pada 2012.[11]

Penampilan lain sunting

Liyana berlakon dalam filem komedi muzikal Kami Histeria (2014) arahan Shamyl Othman sebagai pelakon undangan.[12]

Kehidupan peribadi sunting

Liyana berkahwin dengan jurugambar, Firdaus Karim pada 30 September 2013.[13] Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 14 September 2013, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-30.[14][15]

Diskografi sunting

Album bersama Estrella
Album solo

Filemografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Listing of Writer Membership as at 5 March 2021" (PDF). MACP (dalam bahasa Inggeris). 5 Mac 2021. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 7 Jun 2021. Dicapai pada 7 Jun 2021.
  2. ^ Budiey (15 Oktober 2011). "Profile Liyana Fizi". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Jun 2015.
  3. ^ Michelle Tam (26 July 2013). "Another side of ... Liyana Fizi". The Star Online. Dicapai pada 6 Jun 2015.
  4. ^ a b c d Koh Lay Chin (7 Mei 2012). ""All-very-rojak" Liyana Fizi". The Nut Graph. Dicapai pada 16 Mei 2013.
  5. ^ Amalina Kamal (9 Januari 2017). "Digital technology, according to singer songwriter Liyana Fizi". New Straits Times. Dicapai pada 25 Mei 2018.
  6. ^ "Get personal with Liyana Fizi". R.AGE. 31 Ogos 2011. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  7. ^ Hafidz (6 Februari 2012). "Album Review : Liyana Fizi – Between The Lines". WordPress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-29. Dicapai pada 16 Mei 2013.
  8. ^ Ling. "Where I'm Coming From: Liyana Fizi". Poskod.my. Dicapai pada 6 Jun 2014.
  9. ^ Adrian Yap CK (13 September 2017). "7 Malaysian band artistes who have gone solo". Redbull. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  10. ^ "Liyana Fizi's Debut Album – Between The Lines Out Now!". Soundscape Records. 24 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-09. Dicapai pada 24 Mei 2013.
  11. ^ Chester Chin (14 Ogos 2013). "Amplified life". The Star (Malaysia). Dicapai pada 25 Mei 2018.
  12. ^ 'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa Diarkibkan 2018-06-18 di Wayback Machine mStar Online (14 Februari 2014). Dicapai pada 14 Februari 2014.
  13. ^ "Bekas vokalis Estrella Liyana Fizi Selamat Di Ijab kabul". KWIK News. 30 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 21 Mei 2014.
  14. ^ "Kekasih hati pilihan Liyana Fizi". Kosmo!. 22 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-22. Dicapai pada 21 Mei 2014.
  15. ^ "Bekas vokalis Estrella, Liyana Fizi bertunang". Oh! Bulan. 18 September 2013. Dicapai pada 21 Mei 2014.

Pautan luar sunting