Lloyd Austin

Jeneral Tentera dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat ke-28

Lloyd James Austin III (lahir 8 Ogos 1953) ialah seorang pesara jeneral empat bintang Amerika Syarikat dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat terkini yang ke-28. Seorang pegawai Tentera, beliau berkhidmat sebagai komander ke-12 Markas Tengah Amerika Syarikat (CENTCOM). Austin merupakan orang kulit hitam pertama yang menjadi komander CENTCOM.[1]

Lloyd Austin
Potret rasmi, 2021
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat ke–28
Memegang jawatan
22 Januari 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanKathleen Hicks
Didahului olehChristopher Charles Miller
Komander Markas Tengah Amerika Syarikat
Dalam jawatan
22 Mac 2013 – 30 Mac 2016
PresidenBarack Obama
Didahului olehJim Mattis
Digantikan olehJoseph Votel
Butiran peribadi
LahirLloyd James Austin III
(1953-08-08) 8 Ogos 1953 (umur 70)
Mobile, Alabama, A.S.
PendidikanAkademi Ketenteraan Amerika Syarikat
Universiti Auburn
Universiti Webster
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1975–2016
PangkatJeneral
Perkhidmatan

Sebelum CENTCOM, Austin merupakan naib ketua turus tentera darat A.S. dari 31 Januari 2012 sehingga 22 Mac 2013. Beliau juga merupakan jeneral terakhir Pasukan Amerika Syarikat – Iraq Operasi New Dawn yang berakhir pada 18 Disember 2011. Beliau bersara dari perkhidmatan tentera pada tahun 2016.

Rujukan sunting

  1. ^ MacAskill, Ewen (March 22, 2013). "General Lloyd Austin picked for top job at US Central Command". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 9, 2017. Dicapai pada December 2, 2020.

Pautan luar sunting