Lloyd Stowell Shapley ( /ˈʃæpli/ ; 2 Jun 1923 - 12 Mac 2016) ialah seorang ahli matematik dan ahli ekonomi Amerika pemenang Hadiah Nobel. Beliau menyumbang kepada bidang ekonomi matematik dan terutamanya teori permainan. Shapley pada umumnya dianggap salah satu penyumbang paling penting dalam perkembangan teori permainan sejak kerja von Neumann dan Morgenstern.[1] Bersama Alvin E. Roth, Shapley memenangi Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi 2012 "untuk teori peruntukan yang stabil dan amalan reka bentuk pasaran"[2]

RujukanSunting

  1. ^ Roth, A.E., Introduction to the Shapley Value, in "The Shapley Value: Essays in Honor of Lloys S. Shapley", Cambridge University Press, 1988.
  2. ^ "Lloyd Shapley, a Nobel laureate in economics, has died". The Economist. ISSN 0013-0613. Dicapai pada March 13, 2016.

Pautan luarSunting