Loïc Rémy (lahir 2 Januari 1987) merupakan pemain bola sepak Perancis yang bermain di kelab Lille dan untuk pasukan kebangsaan Perancis. Beliau sering bermain di posisi penyerang.

Loïc Rémy
Maklumat peribadi
Nama penuh Loïc Rémy[1]
Tarikh lahir (1987-01-02) 2 Januari 1987 (umur 37)
Tempat lahir Rillieux-la-Pape, Perancis
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)[2]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lille
Nombor 9
Kerjaya remaja
1993–1999 ASPTT Lyon
1999–2006 Lyon
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Lyon 12 (0)
2008Lens (pinjaman) 10 (3)
2008–2010 Nice 68 (26)
2010–2013 Marseille 68 (27)
2013–2014 Queens Park Rangers 16 (6)
2013–2014Newcastle United (pinjaman) 26 (14)
2014–2017 Chelsea 32 (8)
2016–2017Crystal Palace (pinjam) 5 (0)
2017–2018 Las Palmas 12 (5)
2018Getafe (pinjam) 11 (3)
2018– Lille 46 (14)
Pasukan kebangsaan
2007 Perancis B20 5 (2)
2007–2008 Perancis B21 11 (3)
2009– Perancis 30 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 9 Mac 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 Oktober 2014

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Rémy telah dilahirkan pada 2 Januari 1987 hospital Red Cross di Rillieux-la-Pape, Lyon.[3] Beliau memulakan kerjayanya bola sepaknya ketika remaja dengan bermain untuk ASPTT Lyon, yang dilatih oleh René Jacquet, merupakan abang kepada Aimé Jacquet.[4] Apabila berlatih di Centre Tola Vologe, Rémy dapat berlatih dengan pemain berbakat besar sepeti Karim Benzema, Anthony Mounier dan Hatem Ben Arfa. Pada 11 Oktober 2006, beliau menandatangani kontrak profesional pertama kali selama tiga tahun. Tiga hari kemudian, beliau membuat debut profesionalnya di Derby du Rhône menentang Saint-Étienne. Beliau memasuki padang pada minit ke-73 menggantikan Sylvain Wiltord.[5]

Lens sunting

Dalam musim 2007–08, Rémy menyarung jersi nombor 12. Rémy hanya membuat enam penampilan ketika musim teruk bersama Lyon. Pada 31 Januari 2008, Lyon mengumumkan bahawa Rémy dipinjam ke kelab Ligue 1, RC Lens. Pinjaman itu dengan bayaran sebanyak €8–10 juta.[6] Rémy menyarung jersi nombor 9 dan membuat debut pada 9 Februari 2008 dan menjaringkan gol profesinalnya pertama kalinya menentang Caen, 4-1.[7] Dua minggu kemudian, beliau menjaringkan gol ketika menang tipis 5-4 ke atas Le Mans dalam perlawanan separuh akhir Coupe de la Ligue.[8] Pada 15 Mac, di hadapan penonton Lens seramai 40,000+ orang, beliau menjaringkna gol kemenangan ke atas Marseille. Dalam perlawanan akhir Coupe de la Ligue 2008 menentang Paris Saint-Germain, Rémy memulakan perlawanan tetapi bermain selama 12 minit sahaja sebelum dikeluarkan akibat cedera. Lens tewas 1-0 dalam perlawanan itu. Rémy membuat 12 penampilan dan menjaringkan empat gol dan diumumkan beliau akan dipulang semula ke Lyon ketika musim 2008-09.

Nice sunting

Pada 5 Jun 2008, Rémy menyertai kelab sensasi, Nice dengan kontrak empat tahun dengan bayaran sebanyka €8 juta membuatkan Rémy sebagai perpindahan terbanyak dalam sejarah.[9] Ketika ketibaannya, Rémy menyarung jersi nombor 7 dan membuat debut untuk Nice ketika perlawanan pembukaan musim, tewas 1-0 kepada Le Havre.[10] Sehingga perlawanan keenam musim, Rémy telah menjaringkan enam gol. Gol yang dilakukan oleh beliau termasuk menentang bekas kelab, Lyon dan Boulogne di Coupe de la Ligue.[11][12] Beliau menghabiskan musimnya dengan menjaringkan 13 gol dalam 36 penampilan.

Dalam kempen 2009–10, beliau menjaringkan gol pertamanya ketika perlawanan pembukaan menentang [AS Saint-Étienne|Saint-Étienne]], Nice menang 2–0.[13] Sebulan kemudian, beliau menjaringkan gol menentang Monaco dan Lille dalam perlawanan liga dan menentang Saint-Étienne dalam Coupe de la Ligue.[14][15][16] Dua minggu kemudian, Rémy menjaringkan gol satu lawan satu menentang Lorient dan bekas kelab Lyon, walaupun Nice tewas besar 8-2[17][18] Pada 7 November 2009, Rémy menjaringkan gol kemenangan ke atas Paris Saint-Germain dalam dua minit terakhir di Parc des Princes.[19] Dalam perlawanan berikutnya, beliau sekali lagi menjaringkan gol tetapi gol tunggal dengan menyudahkan tendangan penalti menentang Toulouse.[20] Pada 10 Januari 2010, Rémy menjaringkan gol tunggal untuk Nice ketika tewas 2-1 kepada Stade Plabennecois dalam perlawanan Coupe de France.[21][22][23]

Rémy telah berjaya menarik perhatian dari kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan kelab Itali, A.C. Milan dan Fiorentina.[24][25][26] Beliau merasakan ingin pulan ke Lyon atau berpindah ke juara bertahan Ligue 1, Bordeaux.[27] Akhirnya, Rémy kekal di kelab Nice selepas perpindahan ke bekas kelabnya Olympique Lyonnais gagal membuahkan hasil.[28] Pada 2 Mei, beliau menjaringkan gol sebanyak dua kali ketika seri 3-3 menentang Boulogne dan hari perlawanan musim menentang Saint-Étienne, Rémy menjaringkan gol tunggal Nice dengan keputusan seri 1–1.

Marseille sunting

Pada 19 Ogos 2010, Olympique de Marseille mengesahkan mereka telah berunding bersama Nice untuk perpindahan Rémy dan Rémy telah menandatangani kontrak selama lima tahun pada hari yang sama.[29][30] Bayaran perpindahan tidak didedahkan tetapi dilaporkan sebanyak €15 juta.[31] Ketika persidangan Rémy, presiden Marseille Jean-Claude Dassier mengatakan pihak mereka telah menjalani ujian kesihatan ke atas Remy dan mungkin mengalami masalah jantung. Rémy terlepas perlawanan liga menentang Lorient pada 21 Ogos kerana bimbang akan kesihatan beliau.[32][33] Pada 24 Ogos, Remy telah dibenarkan untuk berlatih dan bersukan di peringkat tertinggi selepas disahkan oleh doktor pakar jantung ketika berunding dengan Marseille.[34]

Rémy menyarung jersi nombor 11 dan membuat debut untuk Marseille pada 29 Ogos 2010 dalam perlawanan liga menentang Bordeaux.[35] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Marseille pada 16 Oktober dalam perlawanan liga ke atas Nancy, 1-0.[36] Minggu berikutnya, beliau menjaringkan dua gol ketika menang 3-1 ke atas Lille.[37] Dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA, Rémy menjaringkan gol ketika menentang kelab Slovakia, MŠK Žilina dan kelab Rusia, FC Spartak Moscow.[38][39]

Queens Park Rangers sunting

Pada 13 Januari 2013, presiden Olympique Marseille mengesahkan bahawa kelab itu telah menjual Remy sebanyak €10 juta kepada kelab Inggeris, Newcastle United[40] dan pemain itu patut ke Newcastle untuk sedikit taklimat tetapi beliau tidak menghadiri acara itu.[41] Tiga hari kemudian, Rémy menandatangani kontrak selama empat tahun setengah bersama kelab Queens Park Rangers dengan bayaran sebanyak £8 juta. Beliau telah menyarung jersi nombor 18.[42][43] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika debut liga pada 19 Januari menentang West Ham United, seri 1–1.[44]

Pada 15 Mei 2013, Rémy bersama dua orang lelaki yang lain ditangkap di London didakwa merogol pada 6 Mei[45] Remy dibebaskan tanpa bukti kukuh pada Februari 2014.[46]

Newcastle United sunting

Pada 5 Ogos 2013, Newcastle United mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani Rémy selama satu musim secara pinjaman dari Queens Park Rangers.[47] Beliau terlepas dua perlawanan pertama musim akibat cedera. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Newcastle ketika menentang Hull City pada 21 September tetapi Newcastle tewas 3-2. Perlawanan berikutnya beliau menjaringkan gol sekali lagi ketika menentang Everton pada 30 September tetapi Newcastle tewas sekali lagi 3-2. Pada 2 November 2013, beliau menjaringkna gol kedua ketika menentang Chelsea, menang 2-0 dan beliau dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan. Pada 10 November 2013, beliau menjaringkan gol tunggal Newcastle ketika menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur. Beliau telah membuat 7 gol dalam 9 perlawanan liga. Beliau menjaringkan gol sekali lagi pada 23 November 2013 ketika Newcastle United menang tipis 2-1 ke atas Norwich, membuatkan jumlahnya 8 gol dalam 10 perlawanan liga.

Semasa berada di Newcastle dengan berjaya, beliau telah menarik minat dari kelab Liga Juara-Juara terutama Chelsea, Arsenal dan terutama Liverpool. Malah, Liverpool telah menyediakan wang untuk menandatangani Remy.[48] Liverpool bagaimanapun menarik balik pemindahan itu apabila dilaporkan beliau gagal berubat bersama kelab tersebut.[49][50]

Chelsea sunting

Pada 30 Ogos 2014, Rémy meninggalkan perlawanan QPR menentang Sunderland selepas dilaporkan Chelsea telah menyediakan £10.5 juta. Walaupun beliau mahu bermain, pengurus Harry Redknapp menyangka bahawa beliau tidak akan berada pada tahap terbaik.[51] Dalam hari berikutnya, beliau menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Chelsea dengan berkata "Saya berasa amat gembira dan bangga. Ketika saya mendengar Chelsea ingin membeli saya, saya lantas berkata "let's go" kerana mereka merupakan kelab terbaik di dunia".[52] Rémy telah menyarung jersi nombor 18 yang pernah dipakai oleh Romelu Lukaku.[53]

Musim 2014-15 sunting

Pada 13 September 2014, Rémy membuat debut untuk Chelsea ketika menentang Swansea City pada minit ke-72 menggantikan Diego Costa, yang telah menjaringkan "hat-trick". Sembilan minit kemudian, Rémy menjaringkan gol keempat Chelsea selepas hantaran daripada Oscar, Chelsea menang 4-2.[54] Ketika Costa mengalami kecederaan, Rémy memulakan debut penuh pada 18 Oktober ketika menentang Crystal Palace, Chelsea menang 2-1.[55] Beliau menjaringkan go keduanya untuk Chelsea ketika Liga Juara-Juara pada 21 Oktober, selepas cubaan dari luar kotak penalti, Chelsea menang besar 6-0 membelasah Maribor. Dalam perlawanan itu juga, beliau telah dikeluarkan akibat mengalami kecederaan.[56]

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Rémy bermain untuk Perancis ketika menentang Armenia pada 2014.

Rémy merupakan bekas pemain bawah-20 dan bawah-21. Ketika bersama pasukan bawah-20, beliau bermain dalam Kejohanan Toulon 2007 dengan menjaringkan gol ketika menentang Côte d'Ivoire dan Jepun. Rémy membuat debut bersama pasukan bawah-21 pada 15 November 2007 dalam perlawanan persahabatan menentang Armenia.[57] Beliau menjaringkan gol pertamanya bersama pasukannya pada 25 Mei 2008 menentang Belanda dalam kejohanan bawah-21 di Sweden.[58] Rémy menjadi pemain penting dalam perlawanan kedua menentang Jerman dalam kelayakna Kejohanan Bola Sepak bawah-21 Eropah UEFA 2009 pada Oktober 2008. Perancis tewas 2-1 berdasarkan agregat dan Perancis tersingkir daripada kejohanan itu dan juga menamatkan kerjaya skuad bawah-21 Rémy.

Pada 24 Mac 2008, selepas Thierry Henry mengalami kecederaan, Rémy telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Perancis oleh pengurus Raymond Domenech untuk perlawanan persahabatan menentang England dan Mali. Rémy bermain untuk Perancis ketika menentang Mali selepas menggantikan Samir Nasri pada minit ke-54. Rémy akhirnya membuat debut bersama pasukan kebangsaan ketika menentang Nigeria sebagai pemain gantian, Perancis tewas 1-0. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 9 Oktober 2010 dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2012 menentang Romania, 2-0.

Rémy sebahagian daripada skuad Perancis yang berjaya melangkah ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. Beliau membuat debut kejohanan itu pada 26 Jun dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, seri 0-0 menentang Ecuador. Beliau memasuki padang pada minit ke-11 terakhir menggantikan Antoine Griezmann.[59] Penampilan lain Rémy ketika kejohanan itu ketika perlawanan suku akhir menentang Jerman, beliau menjadi pemain gantian menggantikan Yohan Cabaye pada minit ke-74 di man Perancis tewas 1-0 dan tersingkir dari kejohanan tersebut.[60]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
9 Oktober 2010 Stade de France, Saint-Denis, Perancis   Romania
1–0
2–0
Kelayakan UEFA Euro 2012
2
10 Ogos 2011 Stade de la Mosson, Montpellier, Perancis   Chile
1–0
1–1
Persahabatan
3
7 Oktober 2011 Stade de France, Saint-Denis, Perancis   Albania
2–0
3–0
Kelayakan UEFA Euro 2012
4
11 November 2011 Stade de France, Saint-Denis, Perancis   Amerika Syarikat
1–0
1–0
Persahabatan
5
27 Mei 2014 Stade de France, Saint-Denis, Perancis   Norway
3–0
4–0
Persahabatan
6
4 September 2014 Stade de France, Saint-Denis, Perancis   Sepanyol
1–0
1–0
Persahabatan
7
14 Oktober 2014 Stadium Republikan Vazgen Sargsyan, Yerevan, Armenia   Armenia
1–0
3–0
Persahabatan

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 21 Oktober 2014.[61][62]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga[b] Eropah Lain Jumlah
Divisyen Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Lyon 2006–07 Ligue 1 6 0 0 0 0 0 1[c] 0 0 0 7 0
2007–08 Ligue 1 6 0 0 0 1 0 1[c] 0 0 0 8 0
Jumlah 12 0 0 0 1 0 2 0 0 0 15 0
Lens (pinjaman) 2007–08 Ligue 1 10 3 0 0 2 1 12 4
Nice 2008–09 Ligue 1 32 11 1 0 3 0 36 11
2009–10 Ligue 1 34 14 1 1 1 1 36 16
2010–11 Ligue 1 2 1 0 0 0 0 2 1
Jumlah 68 26 2 1 4 1 74 28
Marseille 2010–11 Ligue 1 31 15 1 0 2 0 7[c] 2 0 0 41 17
2011–12 Ligue 1 29 12 3 1 3 4 6[c] 2 1[d] 1 42 20
2012–13 Ligue 1 8 0 0 0 0 0 4[e] 2 12 2
Jumlah 68 27 4 1 5 4 17 6 1 1 95 39
Queens Park Rangers 2012–13 Liga Perdana Inggeris 14 6 0 0 0 0 14 6
Newcastle United (pinjaman) 2013–14 Liga Perdana Inggeris 26 14 1 0 0 0 27 14
Queens Park Rangers 2014–15 Liga Perdana Inggeris 2 0 0 0 0 0 2 0
Chelsea 2014–15 Liga Perdana Inggeris 3 1 0 0 1 0 2[c] 1 6 2
Jumlah kerjaya 200 77 6 2 11 5 21 7 1 1 241 92
  1. ^ Perancis – Coupe de France; England – Piala FA Inggeris.
  2. ^ Perancis – Coupe de la Ligue; England – Piala Liga Inggeris.
  3. ^ a b c d e Pemunculan di Liga Juara-Juara UEFA.
  4. ^ Pemunculan di Trophée des champions.
  5. ^ Pemunculan di Liga Eropah UEFA.

Antarabangsa sunting

Pasukan Musim Pmncln Gol
Pasukan kebangsaan Perancis 2009 1 0
2010 5 1
2011 11 3
2012 0 0
2013 4 0
2014 10 3
Jumlah 31 7

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Lyon

Marseille

Rujukan sunting

  1. ^ name="Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14">"Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-25. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Loic Remy Chelsea Profile". Chelsea F.C. Dicapai pada 2 September 2014.
  3. ^ name="remy_early">"Rémy, un lionceau qui rugit" (dalam bahasa French). Le Progres. 26 April 2009. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ name="remy_early"
  5. ^ "Lyon v. Saint-Étienne Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 14 October 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Loïc Rémy prêté à Lens" (dalam bahasa French). Sport24. 31 January 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-28. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Caen v. Lens Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 9 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Le Mans v. Lens Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 27 February 2008. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Nice: Arrivée de Rémy" (dalam bahasa French). Football365. 5 June 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-29. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Le Havre v. Nice Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 9 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Lyon v. Nice Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 13 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 10 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Boulogne v. Nice Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 23 September 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 10 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Saint-Étienne v. Nice Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 8 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Nice v. Monaco Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 19 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ "Lille v. Nice Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 27 September 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Saint-Étienne v. Nice CDL Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 23 September 2009. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Lorient v. Nice Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 18 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Nice v. Lyon Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 24 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "PSG v. Nice Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 7 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Nice v. Toulouse Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 22 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ "Plabennec v. Nice Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 10 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ "Nice fall to third division Plabennec in Cup" (dalam bahasa French). DNA India. 10 January 2010. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  23. ^ "Plabennec record a Nice Cup upset". Agence France Presse (dalam bahasa French). Google News. 10 January 2010. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ "He'll do Nice-ly: Arsenal line up £14m summer bid for 'new Thierry Henry' Loic Remy". Daily Mail. UK. 25 November 2009. Dicapai pada 21 July 2010.
  25. ^ "Fiorentina e Milan su Remy 'Italiane, sbrigatevi, c'è concorrenza'" (dalam bahasa Italian). Calcio Mercato. 21 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-11. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  26. ^ "Loïc Rémy à la côte en Serie A" (dalam bahasa French). Actu-Foot. 21 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-24. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  27. ^ "Loic Remy affole Bordeaux, Lyon et Marseille" (dalam bahasa French). Actu Football. 22 January 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 21 July 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  28. ^ "Remy reveals frustration". Sky Sports. 5 February 2010. Dicapai pada 21 July 2010.
  29. ^ "Loïc Rémy a signé pour 5 ans" (dalam bahasa French). Olympique de Marseille. 19 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-22. Dicapai pada 19 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  30. ^ "Marseille win race for coveted Rémy". Union of European Football Associations. 19 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-24. Dicapai pada 19 August 2010.
  31. ^ "Marseille set to seal £12.4m deal for Nice striker Loïc Rémy". The Guardian. UK. 19 August 2010. Dicapai pada 19 August 2010.
  32. ^ "Anomalie cardiaque pour Rémy" (dalam bahasa French). France Football. 20 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-20. Dicapai pada 20 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  33. ^ "Rémy ne jouera pas demain et passera des examens lundi" (dalam bahasa French). Olympique de Marseille. 20 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-30. Dicapai pada 20 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  34. ^ "Marseille's Remy cleared to play". USA Today (dalam bahasa French). 24 August 2010. Dicapai pada 24 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  35. ^ "Bordeaux v. Marseille Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 29 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-20. Dicapai pada 11 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  36. ^ "Marseille v. Nancy Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 16 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-20. Dicapai pada 11 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  37. ^ "Lille v. Marseille Match Report" (dalam bahasa French). Ligue de Football Professionnel. 24 October 2010. Dicapai pada 11 February 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  38. ^ "Gignac leads the way for majestic Marseille". UEFA. 3 November 2010. Dicapai pada 11 February 2011.
  39. ^ "Majestic Marseille qualify for last 16". UEFA. 23 November 2010. Dicapai pada 11 February 2011.
  40. ^ "Marseille confirm deal agreed with Newcastle for striker Loic Remy". Sky Sports. 14 January 2013. Dicapai pada 16 January 2013.
  41. ^ Smith, Ben (14 January 2013). "Loic Remy: QPR set to beat Newcastle for Marseille striker". BBC Sport. Dicapai pada 16 January 2013.
  42. ^ "Remy's a Ranger". Queens Park Rangers F.C. 16 January 2013. Dicapai pada 16 January 2013.
  43. ^ Smith, Ben (16 January 2013). "QPR sign Marseille striker for a club record fee". BBC Sport. Dicapai pada 16 January 2013.
  44. ^ "West Ham 1–1 QPR". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 19 January 2013. Dicapai pada 19 January 2013.
  45. ^ "QPR striker Loic Remy arrested in gang rape investigation". BBC News. 15 May 2013. Dicapai pada 15 May 2013.
  46. ^ http://www1.skysports.com/football/news/11095/9165484/loic-remy-will-not-face-any-further-action-over-rape-claim-made-last-year
  47. ^ http://www.nufc.co.uk/articles/20130805/united-sign-remy_2281670_3338815
  48. ^ http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/loic-remys-liverpool-transfer-edging-3883817
  49. ^ Whalley, Mike (27 July 2014). "Reds withdraw from Loic Remy deal". ESPN FC. Dicapai pada 27 July 2014.
  50. ^ Bascombe, Chris (27 July 2014). "Loic Remy's £8 million move to Liverpool called off as French striker fails medical". The Telegraph. Dicapai pada 27 July 2014.
  51. ^ "Loic Remy: QPR leave out striker as Chelsea trigger release clause". BBC Sport. 30 August 2014. Dicapai pada 30 August 2014.
  52. ^ "Loic Remy signs". Chelsea F.C. 31 August 2014. Dicapai pada 31 August 2014.
  53. ^ "Loic Remy takes 18". Chelsea F.C. 2 September 2014. Dicapai pada 2 September 2014.
  54. ^ "Chelsea 4-2 Swansea". Chelsea F.C. 13 September 2014. Dicapai pada 13 September 2014.
  55. ^ Fifield, Dominic (18 October 2014). "Chelsea stay top after Cesc Fàbregas nets winner at Crystal Palace". The Guardian. Dicapai pada 18 October 2014.
  56. ^ "Didier Drogba scored his first goal since rejoining Chelsea as they recorded their biggest-ever Champions League win with a dominant victory against Maribor at Stamford Bridge". BBC Sport. 21 October 2014. Dicapai pada 21 October 2014.
  57. ^ "Match nul à Colmar, avant Cardiff (1–1)" (dalam bahasa French). French Football Federation. 15 November 2007. Dicapai pada 15 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  58. ^ "Belle entrée en matière (2–1)" (dalam bahasa French). French Football Federation. 25 May 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-20. Dicapai pada 15 August 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  59. ^ Ornstein, David (26 June 2014). "Ecuador 0-0 France". BBC Sport. Dicapai pada 29 July 2014.
  60. ^ Ornstein, David (4 July 2014). "France 0-1 Germany". BBC Sport. Dicapai pada 29 July 2014.
  61. ^ "La Carrière de Loic Rémy". LFP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-19. Dicapai pada 15 August 2011.
  62. ^ "Loic Remy". Football Database. Dicapai pada 11 May 2010.