Loceng angin (wind chime) adalah alat mirip loceng berbentuk mangkuk, tabung, atau bentuk-bentuk lain yang bertali dan dipasang tergantung di tempat yang mampu mengalirkan angin; misalnya dekat jendela, halaman rumah atau kebun. Tiupan angin akan menggerakkan pemukul tergantung tepat dalam bahagian poros mangkuk bersentuhan dengan dinding mangkuk genta ini lalu mengeluarkan suara gemerencing.

Loceng angin khas Jepun yang disebut fūrin (Jepun: 風鈴)

Loceng angin yang baik akan menghasilkan suara yang bening dan menyejukkan. Oleh sebab ini ia sering dijadikan hiasan kediaman.

Gambaran umum sunting

Genta angin dapat dibuat dari logam, aluminium, kayu, buluh, seramik atau kaca. Loceng dari bilah-bilah logam khususnya tidak memerlukan pemukul kerana sifat kepingan logam yang tipis dan ringan akan bergetar menghasilkan bunyi dengan sendiri bila saling berlanggar satu sama lainnya.

Barang ini juga adalah salah satu benda feng shui yang popular[1] kerana dipercayai dapat menghalau qi buruk dan memecahkan masalah-masalah tabu dalam feng shui;[1] ia juga sering dipercayai sebagai benda pembawa untung bagi penghuni rumah.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Too, Lillian (1996). Feng Shui. Elex Media Komputindo. ISBN 9792035907. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

  Kategori berkenaan Loceng angin di Wikimedia Commons

Templat:Arsitektur-stub