Locked Up in Malaysia's Lockdown

episod rancangan dokumentari terbitan Al Jazeera

"Locked Up in Malaysia's Lockdown" (Melayu: Tersekat di Sekatan Pergerakan Malaysia) ialah sebuah episod dalam rancangan dokumentari berbahasa Inggeris iaitu 101 East terbitan Al Jazeera. Episod dokumentari itu diterbitkan di laman perkongsian video YouTube pada 3 Julai 2020, 6:42 petang (WPM).[1] Episod ini membuat liputan terhadap layanan pekerja asing di Malaysia semasa wabak KOVID-19. Kerajaan Malaysia menafikan dakwaan bahawa pengendalian warga asing seperti yang terpapar dalam dokumentari tersebut berdasarkan isu perkauman serta menyatakan bahawa laporan Al Jazeera itu tidak benar.[2]

"Locked Up in Malaysia's Lockdown"
Episod 101 East
Tarikh keluaran asal3 Julai 2020
Durasi penyiaran25 minit

Pada 20 Julai, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mendapati bahawa penggambaran dokumentari terbabit adalah tanpa lesen pengeluaran yang sah berdasarkan Seksyen 22(1) Akta FINAS 1981 (Pindaan 2013).[3][4][5] Pihak Polis Diraja Malaysia juga melancarkan siasatan ke atas dokumentari tersebut sementara Jabatan Imigresen Malaysia menyoal siasat imigran Bangladesh yang ditemu ramah dalam dokumentari tersebut.[6][7][8] Sebagai reaksi, beberapa organisasi sivil termasuk mengeluarkan seruan terhadap kerajaan Malaysia agar menghentikan intimidasi kepada pihak media dan melindungi hak pekerja migran.[9] Pendatang itu, yang dikenali sebagai Mohammad Rayhan Kaybir, kemudian diusir ke Bangladesh pada 22 Ogos.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "Locked Up in Malaysia's Lockdown". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 3 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
  2. ^ Omar Ahmad (5 Julai 2020). "Laporan Al Jazeera tidak benar". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
  3. ^ Al Jazeera tiada lesen sah jalankan penerbitan dokumentari - FINAS; Zaidi Mohamad (20 Julai 2020). "Al Jazeera tiada lesen sah jalankan penerbitan dokumentari - FINAS". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
  4. ^ Hafidzul Hilmi Mohd Noor (20 Julai 2020). "Al Jazeera di Malaysia tiada lesen penggambaran dokumentari". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
  5. ^ Mohd Hazrizal Mohd Hanapiah (20 Julai 2020). "Al Jazeera tiada lesen sah terbit dokumentari". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
  6. ^ Timboung, Jo (7 Julai 2020). "Bukit Aman to call up Al Jazeera reporter, anyone linked to lockdown documentary". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2020. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  7. ^ "Immigration Dept seeking Bangladesh national who appeared in Al Jazeera's documentary". The Malay Mail. 7 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2020. Dicapai pada 7 Julai 2020.
  8. ^ "Malaysia opens probe into Al Jazeera report on migrant arrests". Jakarta Post. Reuters. 7 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2020. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  9. ^ "Civil society organisations stand in solidarity with Al Jazeera, media freedom". The Sun Daily. 8 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Julai 2020. Dicapai pada 8 Julai 2020.
  10. ^ "Malaysia deports Bangladeshi man who criticised treatment of migrants in documentary". Channel News Asia. 22 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Ogos 2020.

Pautan luar sunting